Khamis, 22 April 2010

JAMUAN KESYUKURAN..

Tanggal 20 April 2010, setelah tertunda beberapa kali di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, akhirnya jamuan kesyukuran yang saya  rancang sekian lama untuk meraikan AJK terlibat yang menjayakan Majlis Lawatan YTM Tunku Bendahara dan YABhg Toh Puan Bendahara Kedah berjaya diadakan. Majlis telah diadakan di Pejabat Sementara MKKK di Asrama Darul Aman 1, Haiyyu Sabiek, Madinat Nasr, Kaherah.

Walaupun tidak semua AJK yang bertungkuslumus menjayakan majlis Diraja itu dapat hadir, namun sekurang-kurangnya mereka telah dimaklum dan dijemput untuk diraikan dengan jamuan makan malam yang boleh dikira cukup istimewa malam itu. Siangnya dengan ditemani pengarah program Saudara Zahran dan Syahid, saya membeli beberapa kilo udang besar dan juga 10 kilo sotong selain bahan-bahan masakan yang lain di Souq Thamin. Sebelum itu Zahran sudah pun membeli 7 ekor ayam. Oghang ghumah saya menyumbang masakan gulai udang manakala Ketua Penasihat MKKK Us Bakar dan pasukannya menyiapkan sotong bakar dan sotong goreng tepung. Kak Long Balkis dan rakan-rakannya pula menyiapkan ayam masak marah yang istimewa. Nasi minyak pula dimasak petang itu oleh salah seorang Exco MKKK iaitu Saudara Syahid.

 
 

 



Malam itu, setelah didahuli ucapan aluan yang disampai Pemangku YDP MKKK Us. Nazrul saya memberikan sedikit ucapan ringkas bagi menyatakan rasa syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua anak-anak buah yang telah bersama saya selama ini. Tanpa mereka saya penuh yakin bahawa majlis itu pasti tidak akan berjaya. Mewakili kerajaan, saya merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua di samping mendokan agar semua yang terlibat dan semua anak-anak Kedah di sini akan berjaya dalam imtihan semester dua yang semakin hampir menjelang tiba...




Terima kasih semua...Terima kasih daun keladi!!

Tiada ulasan: