Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
1 April 2010, sebaik sampai dari Damsyik, Syria, saya terus laksanakan solat jamak taqdim Maghrib dan Isya' di airport. Sebenarnya saya dah siap berjanji dengan 'oghang ghumah' nak ikut serta dalam perjumpaan KELUARGA kali ke 3 yang diadakan di kediaman Pegawai HEP Selangor Ustaz Halim di Haiyyu 'Asyir. Walaupun badan agak keletihan, tapi janji mesti ditunaikan. Tambahan pula, perjumpaan KELUARGA kali ke 2 dulu yang diadakan di kediaman Pegawai HEP Sabah, saya dan keluarga tak dapat ikut serta kerana berada di tanah air.

Malam itu, suasana meriah di rumah Ustaz Halim dengan kehadiran hampir kesemua pegawai negeri kecuali Pegawai HEP Terengganu Us. Kamal dan keluarga yang pulang ke tanah air. Pegawai HEP Wilayah Persekutuan yang baru, En.Yahya buat kali pertama, membawa isteri beliau yang baru dibawa ke sini setelah selamat melahirkan cahayamata sulongnya di Malaysia dalam perjumpaan KELUARGA sekaligus menambahkan lagi keahlian KELUARGA.
Selepas majlis bacaan Yasin diadakan sewaktu saya dalam perjalana ke sana, seperti biasa jamuan makan berkonsepkan potluck diadakan dengan pelbagai jenis juadah dan hidangan. Ada kueh mueh, kek, satay, bihun, nasi ayam dan lain-lain....Di hujung perjumpaan diadakan Mesyuarat KELUARGA yang dipengerusikan oleh Pengerusi Kelab Ustaz Abdul Halim Saljadi Peg.HEP Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan