Rabu, 12 Ogos 2009

MESYUARAT DI YINK 12 / 08 / 2009

Salam rindu dari kejauhan....

Terkejut melihat anai-anai yang membusut dalam almari di rumah saya. Banyak juga kitab-kitab yang rosak termasuk berjilid-jilid kitab Bahrul Mazi syarah hadis Imam Tirmizi serta beberapa buah buku dalam Bahasa Melayu yang saya simpan dalam almari itu. Habis sebelah almari diratah anai-anai dalam senyap tanpa diganggu sesiapa kerana almari itu selain saya, hanya anak-anak dan isteri sahaja yang membukanya.

Bila lama tak dibaca...dia hanya tolong baca :)


Sayang...tapi apakan daya..

Setelah menghubungi Anuar Anai-anai yang sebenarnya telah melakukan operasi pembersihan anai-anai di rumah saya sebelum keberangkatan saya dan keluarga ke Mesir tempoh hari, dan setelah membuat temujanji untuk beliau datang ke rumah bagi melangsaikan kerjanya, saya turun ke pejabat untuk menghadiri mesyuarat berkenaan Kursus Kepimpinan Pelajar Timur Tengah. Kursus ini dianjurkan oleh YINK dengan kerjasama INSPIN.


Mereka yang turut hadir..

Di antara yang turut hadir dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengurus Besar YINK itu termasuklah Pengurus Besar INSPIN Tuan Hj. Bokhari dan seorang pegawai kanannya Tuan Hj. Harun. Manakala YINK diwakili Bendaharinya , Tuan Hj Zulkifli Hasan, En Fakhrul Razi, Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir selain beberapa pelajar yang pulang bercuti yang dikenalpasti dapat membantu YINK seperti saudara Fairuz, Aidil Azwal dan juga Muslim.


Kursus yang pada awalnya dijangka akan diadakan pada penghjung tahun ini telah dipinda ke bulan Februari atas sebab-sebab munasabah seperti pelajar berada dalam musim peperiksaan. Kursus ini kan diadakan didua tempat secara bersambung-sambung iaitu kursus untuk kepimpinan pelajar Mesir dan kemudiannya kusus yang sama dengan modul yang sama untuk kepimpinan pelajar Jordan dan Syria.


Kursus di Mesir akan diadakan di Kaherah di salah sebuah hotel berdekatan Sungai Nil di tengah kota, manakala kursus untuk pelajar Jordan dan Syria pula akan diadakan di tengah bandar Damsyik. Pelajar tahun tiga dan empat yang dikenalpasti akan ditawarkan untuk mengikuti kursus ini secara percuma di mana antara pendedahan yang akan didedahkan kepada mereka termasuklah bagaimana menghadiri temuduga yang berkesan selain bebrapa slot solve skill penting yang lain.

Tiada ulasan: