Sabtu 22 Ogos - Saya masih lagi di kamar 111 Hospital Jirahiyyat al-Yaum al-Wahid. Alhamdulillah meskipun saya terpenjara di sini tanpa dapat menjengah keluar atau dapat diziarahi sesiapa sejak masuk ke sini kecuali Taha Ferrig, seorang pelajar rakyat Mesir yang menggunakan helah sehingga terlepas ke bilik saya, kemudahan dunia tanpa sempadan, internet yang saya layari menggunakan broadband tiap hari menjadikan saya separuh merdeka!!!
Selain dapat menghubungi ahli keluarga di rumah melalui YM dan Skype, saya juga dapat menghubungi keluarga dan sahabat di Malaysia dan bahagian lain dunia melalui kemudahan ini. Ramai juga yang menelefon dan tak kurang yang SMS mendoakan dan memberikan semangat juang pada saya. Sesungguhnya saya merasa sangat terharu di atas ingatan, simpati dan doa semua pada saya. Hanya Allah yang membalasnya. ....Rakan-rakan pegawai Kedutaan dan JPMK, Pegawai-pegawai negeri seperti Us. Farid Pahang, Us. Halim Selangor dan Us. hanif Johor, Syeikh Asyraf dan Syeikh Nuruddin di Mesir, Us. Halim Nasir di Malaysia dan Us. Zaharuddin Abd Rahman di UK, dan ramai lagi..Jazakumullah khairan kathiran...
Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga di atas majlis bacaan yasin dan solat hajat yang diadakan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah juga Persatuan Pelajar Pahang Mesir serta orang-orang perseorangan yang mendoakan kesembuhan saya dari penyakit yang merbahaya ini. Semoga Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan dengan berkat bulan Ramadhan yang penuh keistimewaan dan 'atha' ini akan segera memakbulkan doa kita semua.
Pada saya yang sedang di tengah gelombang ujian ini, saya redha dan menerima ketetapan Allah dengan penuh rasa syukur atas segala nikmat pemberianNYA. Alhamdulillah 'ala kulli hal...Saya yakin, redha dan sabar dalam menerima ujian-ujian yang diturunkan Allah...walaupun awalnya begitu pahit untuk ditelan, kesudahannya tetap manis!!!
4 ulasan:
salam ramadhan buat syeikh..semoga sihat...
Ya ALLAH, sembuhkanlah sahabat ku ini, dan jadikanlah ianya, ya ALLAH, satu kaffarah untuk dosa2 yg telah lalu.........
Betapa Ramadhan tahun ini cukup terasa bezanya....ya lil muthahhir...! Al Muthahhir mina zzunubi wal ma'ashi!!! Thahhirna Ya Rabbb!! Thahhirna bi barakati Ramadhan...
'ala kulli hal...Jazakumullah 'ala ddua'
Ramaadhan kareem ya akhi naim. aina anta l aan? mooga sentiasa dalam keberkatan dan rahmatnya..
Catat Ulasan