Khamis, 13 Ogos 2009

KE MAIK DAN JHEAIK

salam rindu dari kejauhan....

Khamis 13hb Ogos 2009, saya berkejar dengan masa kerana hari ini, hari bekerja terakhir sebelum bercuti Jumaat dan Sabtu. Dari rumah, pagi-pagi lagi saya ke Bangunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK). Bangunan ini sebenarnya selain menempatkan JHEAIK turut menempatkan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dan Pejabat Agama Daerah Kota Setar.

Destinasi pertama saya ialah mengadap Sohibus Saadah Dato' Syeikh Uzir bin Baharom Yang Dipertua MAIK. Alhamdulillah beliau masih di pejabat ketika saya melangkah masuk dan sedang bersiap-siap untuk satu majlis rasmi dengan KDYMM Tunku Sultan. Saya berbincang beberapa perkara dan mengambil pandangan Dato'. Setelah selesai urusan kerja, minum secawan milo Dato' berbesar hati bergambar kenang-kenangan untuk dibawa pulang ke Kaherah.




Seterusnya saya membuat kunjungan hormat bertemu Ybhg. Dato' Pengarah JHEAIK serta Tn. Timbalan Pengarah. Setelah memberikan laporan ringkas, saya mendapatkan maklum balas berkaitan rombongan pelajar-pelajar yang akan bertolak ke Jordan dan Mesir selepas Ramadhan nanti. Urusan pendaftaran kemasukan pelajar ke Universiti dan penghantaran pelajar ke Jordan dan Mesir memang di bawah tanggungjawab JHEAIK.

Sebelum ke Pusat Dakwah Negeri untuk taklimat kepada pelajar YINK pada jam 10 pagi, saya turun menghadap bos lama saya, Tn. Syeikh Ismi Anuar mendapatkan keterangan lanjut tentang perjalanan ke Jordan dan Mesir serta berjumpa beberapa orang sahabat dan kakitangan di Bahagian Pelajaran JHEAIK.

Tiada ulasan: