Sabtu, 1 Ogos 2009

KE QALYUBIYYAH

Salam rindu dari kejauhan...

Tanggal 30 Julai 2009, sekitar jam 2.30 petang, saya membawa seisi keluarga ke sebuah kampung di Muhafazah Qalyubiyyah yang dikenali dengan nama Qaryah Naiy Markaz Qalyub, al-Qalyubiyyah. Ia terletak tak jauh dari Syubral Khemah dan berkembar dengan Muhafazah Kaherah.

Tut-tut di Muhafazah Qalyubiyyah


Sebenarnya, baru-baru ini saya telah berjanji dengan pihak bertanggungjawab di Kolej Universiti Insaniah KUIN untuk pastikan tentang seorang pelajar Mesir yang memohon menyambung pelajarannya di peringkat ijazah di KUIN. Walaupun saya sendiri telah menemuduganya, tetapi demi memastikan kebenaran kata-katanya, saya memberitahunya bahawa saya akan ke kampungnya. Sebenarnya, saya telah melihat kesungguhan pelajar ini dan semangatnya untuk belajar dan berjaya di samping saya dimaklumkan tentang hubungan baiknya dengan pelajar Malaysia dan mukanya yang agak kerap di Kedutaaan kita di sini.


Pelajar bernama Taha Ferig Abdelfattah Mohamed Alyeldin ini adalah bekas pelajar Ma'ahad al-Azhar yang agak cemerlang dalam pelajaran khususnya dalam bidang agama dan bahasa serta telah habis menghafaz sebuah al-Quran. Pelajar ini mulanya secara kebetulan datang ke pejabat saya untuk mendapatkan cop pengesahan dan bertemu Ustaz Aqli Ahmad, pensyarah KUIN dan menyerahkan permohonannya untuk menyambung pelajarannya di KUIN.


Apabila pelajar ini menolak masuk ke Universiti al-Azhar di Kaherah dengan keyakinan akan dapat menyambung pelajaran di Malaysia, sedangkan dia belum mendapat surat tawaran dari sana...maka tentunya dia dan keluarganya jadi gelabah. Ditakdirkan, pelajar ini sudahpun memberitahu orang-orang kampungnya tentang pemergiannya ke Malaysia. Ramai yang telah memberikan derma dan sebagainya. Urusan pasport pun sudah siap, tapi "surat tawaran" tak sampai-sampai. Alhamdulillah setelah pihak KUIN dihubungi, "surat tawaran" yang dinanti-nanti sampai melalui email saya.


Jalan masuk ke kampung Taha...kelihatan "tut-tut" di depan


Kampung Taha agak ke dalam. Di Muhafazah Qalyubiyyah, saya lihat ada kenderaan "tut-tut" seperti di Danok Thailand. Kenderaan "tut-tut" ini tidak ada di Kaherah. Anak-anak saya begitu teruja melihat "tut-tut". Jalan masuk ke kampung Taha agak berlubang-lubang....Jalan separuh tar dengan habuk musim panas memberikan pengalaman tersendiri pada saya dan keluarga. Ada pengangkutan seperti bas selain "tut-tut" yang menjadi pengangkutan utama beribu-ribu penduduk kampungnya setiap hari. Sesekali kami berselisih dengan kereta keldai atau orang kampung yang naik keldai!


Rumah batu keluarga Taha Ferig

Bersama Us. fahmi dan Us. Ahmad Qalyubi sepupu Taha

Sawah padi di Qalyubiyyah

Penduduk kampung Taha rata-rata adalah petani. Ada yang mengusahakan tanaman padi, ada yang menanam gandum, jagung dan lain-lain. Rumah penduduk kampung yang saya lihat, rata-ratanya seperti tidak siap dari luar. Sebahagian kecil diperbuat dari tanah liat dan kebanyakannya diperbuat dari batu dan simen. Teringat seperti rumah-rumah yang bertingkat-tingkat di Mekah, dari luar nampak simen merah, tapi bila kita masuk ke dalam Subhanallah!! Ayah Taha seorang petani yang cukup rajin. Berkat ketekunannya beliau berjaya membina rumah batu tiga tingkat dengan setiap tingkat ada dua pintu. Setiap anak yang sudah berkahwin diberikan sebuah rumah. Rumah yang kelihatan tidak siap akan ditambah di bahagian atas bila ada anak yang berkahwin dan perlukan rumah.

Ibu Malaysia vs Ibu Mesir..

Hidangan tengahari yang istimewa

Pengalaman makan tengahari di rumah Taha mengingatkan saya kisah waktu belajar di Mesir satu masa dahulu bila saya dijemput kawan Mesir makan di rumahnya di Giza, dekat Piramid. Waktu itu saya dijamu arnab goreng yang saya sangkakan ianya ayam goreng. Bayangkan, waktu saya tengah sedap makan "ayam goreng" kawan-kawan bagitau "itu bukan ayam, cuba peghati..kaki dia macam kucing!". Walaupun selepas itu, diberitahu bahawa itu "arnab", kerongkong saya dah hilang selera. Bila saya berhenti makan mengejut, kawan Arab saya pula perasan dan dengan bersungguh-sungguh dia duduk dan tolong suapkan saya "Arnab" yang bila diamati kakinya memang nampak macam kaki kucing! Saya terpaksa telan macam budak kecil dipaksa ibunya makan ubat! Kali ini, saya awal-awal lagi maklumkan pada Taha, jangan jamu Arnab!!


Bilik yang penuh dengan "cerita Malaysia"

Bergambar di hadapan rumah bersama sebahagian ahli keluarga


Selepas makan tengahari dengan mahshi"terung yg disumbat nasi", sup lisan 'usfur, daging, salathah dan nasi serta roti selain minum air gas dan air teh, saya dibawa ke bilik bawah, bilik Taha yang penuh dengan gambar-gambar Malaysia. Rupanya budak ini memang cukup bangga dengan Malaysia. Nama bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir sering bermain dibibirnya. Bahkan, Taha sudah agak mahir berbahasa Melayu pelat Indonesia kerana telah mengikuti kursus Bahasa Indonesia di Kedutaan Indonesia. Setelah mengambil beberapa keping gambar, saya dan keluarga pulang dengan kenangan berharga...satu petang di Qalyubi!!

Moga Taha berjaya mencapai impiannya untuk belajar di KUIN....

3 ulasan:

Ust Halim Nasir berkata...

Salam Syeikh. Macam bendang kat Pida 7 je.... he he he. Tolong habaq kat Ustazah Nawal, bekas anak didik dia di Ma'ahad, Nurhafizah (anak ana la), la dah ada di Jordan, di Mu'tah Univ, ambik Lughah. Ana dan zaujah pi hantaq dia tahun lepas, 3 Sept 08. Bulan depan dia masuk Tahun 2 dah. Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar Ustazah Nawal juga....Agak cemerlang juga dia, berbanding pelajar2 'Arab yg lain di jami'ah. Alhamdulillah wa syukrillah. Zaujah ana kirim salam kat Ustazah Nawal dgn lafaz Assalamu'alaikum wrm. brk.

Syeikh Yusoff Haji Ahmad berkata...

salam ya akhi.amboi..teringat malaysia aiihh enta sebut pida 7...anak enta dok ada di jordan dah no..ana pi baru ni tak tau kata anak enta ada sana..alhamdulillah dia tu memang baka cerdik dah syeikh...zaujah ana sampaikan salam pd dia,dan minta enta tolong bagi address email/ym dia kat anak enta (nawalnawawi@yahoo.com).zaujah ana jugak berkirim salam pd zaujah enta dgn lafaz assalamualaikum..

Ust Halim Nasir berkata...

Salam. Ana dah inform kat Nurhafizah di Urdun. Nanti dia response dgn ustazah nawal dia...............