Salam rindu dari kejauhan....
Tiba giliran saya, sebagai Pegawai Kebajikan di Timur Tengah memang menjadi tugas saya menjelaskan dan memberikan pencerahan kepada pelajar-pelajar yang akan ke sana. Dengan sedikit bahan tayangan "audio visual", saya mengheret pelajar-pelajar yang akan meninggalkan tanah air dan keluarga tercinta akan sebahagian realiti yang akan mereka hadapi. PUAS kerana dapat mencurahkan apa yang terbenam dan terbungkam selama ini....Saya dedahkan hasil penilitian saya akan sebab kenapa pelajar Timur Tengah hari ini makin lemah!! Saya ceritakan pengalaman bertemua mereka yang malu untuk bercakap dengan Bahasa arab sedangkan sistem pengajian mereka dalam Bahasa Arab!! Saya dedahkan tentan kisah mereka yang hidup di Arab tetapi macam sedang berada di tanah air sendiri....Lemah Bahasa Arab adalah punca besar kita lemah dan gagal dalam pengajian dan peperiksaan!!
Bila saya tunjukkan beberapa keping gambar yang memaparkan seorang anak memeluk erat ibu dan ayahnya sebelum menaiki kapal terbang....Bila saya ungkitkan tentang kasih sayang dan rindu ibu yang merah hidungnya kerana menagisi perpisahan dengan anak kesayangannya, saya lihat ramai yang bercucuran air mata!! Ramai anak-anak hari itu yang menangis....Air mata yang tumpah kerana kasih sayang yang mendalam kepada kedua ibu dan ayah!
Saya tegaskan kepada mereka dengan bersungguh-sungguh, "kalau kamu sayang ayah ibu kamu, bila kamu pergi belajar di kuliah, kamu mesti belajar betul-betul....mesti belajar bersungguh-sungguh...Jangan nanti kamu tergamak dan sampai hati membiarkan ibu ayah kamu menangis kerana kecewa dengan kamu yang GAGAL!!!
Kamu bukan sahaja akan kecewakan diri kamu, ibu ayah dan keluarga kamu pada ketika itu, tetapi juga kamu akan kecewakan masyarakat dan ummat ini yang menanti kepulangan kamu!!!".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan