Selasa, 11 Ogos 2009

KE WISMA DARUL AMAN

Salam rindu dari kejauhan....


Gunung Keriang dari kejauhan

Pagi Selasa, setelah agak puas berehat ketika transit di rumah kakak sulung saya, Ustazah Hamidah dan suaminya Ustaz Abdul Kadir sambil melepaskan rindu pada ibu tercinta, saya kembali ke pejabat.....melangkah kaki ke Yayasan Islam Negeri Kedah YINK.


Setelah berjumpa sahabat-sahabat, pegawai dan kakitangan YINK, saya masuk ke bilik Pengurus Besar untuk memaklumkan kepulangan saya. Saya berpeluang makan tengah hari bersama Tn. Hj. Mohd Zuhdi di sebuah restoran di Hutan Kampong. Sepanjang perjalanan pergi balik banyak juga yang dapat saya laporkan kepada beliau. Saya diarahkan Pengurus Besar supaya ke pejabat Menteri Besar di Bangunan Wisma Darul Aman petang itu juga untuk melaporkan perkembangan pelajar Kedah di bawah jagaan saya.




Ruang menunggu yang luas dan selesa

Pulang dari berurusan hal pinjaman kereta saya di Public Bank Jitra, saya langsung ke Wisma Darul Aman. Fairuz, pembantu tadbir pejabat saya yang pulang bercuti saya ajak bersama. Bersama beberapa dokumen berkaitan maklumat dan perkembangan pelajar Kedah yang saya bawa pulang dari Mesir saya bawa bersama.


Bersama Pegawai Khas Agama dan Setiausaha Akhbar YAB MB

Tunjuk blog

Bersama En Helmi Setiausaha Sulit Kanan MB dan Tn. Syeikh Zainol jamal

Ketika menunggu di Bilik Jamuan, saya sempat berbual panjang dengan Pegawai Khas Agama kepada YAB Menteri Besar Tuan Syeikh Zainol Jamal. Selain menjelaskan beberapa perkara, saya juga menunjukkan blog peribadi saya yang juga boleh menjadi rujukan beliau untuk makluman kepada pengetahuan YAB MB. Saya juga berbual agak lama dengan Setiausaha Sulit Kanan kepada YAB MB, En Helmi sebelum masuk bertemu YAB MB petang itu.


Soalan dan jawapan...

YAB MB yang sentiasa sibuk dengan tugas..

Dengan ditemani Tn Hj. Mohd. Zuhdi yang baru selesai mesyuarat dengan YAB MB, saya dan Fairuz melangkah kaki masuk ke Pejabat YAB MB. Alhamdulillah saya dapat menjelaskan tiap soalan yang ditanya dengan baik. YAB MB juga telah bersetuju menyumbang beberapa buah TV Plasma yang saya pohon untuk dipasang di dinding Dewan at-Tasamuh wal-Ikha' dan juga di beberapa tingkat asrama yang dikenalpasti sebagai kemudahan pelajar-pelajar perempuan waktu pengajian berlangsung. Beliau juga mengarahkan agar pemberian jam berjenama diberi sebgai tanda penghargaan kepada Masyayikh al-Azhar yang terlibat dalam Daurah selain saguhati wang ringgit dan plaque.



Dari pakai kot samapai pakai baju Melayu


Menghantar kepulangan YAB MB

Terima kasih banyak YAB Dato'Seri!!! Terima kasih daun keladi.....

Tiada ulasan: