3 Mei 2010. Malam yang dijanjikan pun tiba, bertemankan Akh Subki, Setiausaha Agung Malis Kebajikan Keluarga Kedah serta anak sulung lelaki saya Muhammad, saya memandu ke Syubra, lokasi terletaknya institusi pengajian ilmu AlQuran iaitu Maahad Al-Qiraat Syubra Al-Azhar As-Syarif yang telah berjasa melahirkan para huffaz dari negara kita dan lain-lain.
Perjalanan ke Syubra selepas maghrib memang melelahkan disebabkan kesesakan lalulintas. Sememangnya di sini, malam adalah waktunya masyarakat Arab keluar bersantai dan membeli belah . Mandub pelajar Kedah Syubra Akh Muaz, anak TuanGuru saya di Maahad Mahmud Ustaz Husin menanti di Ramsis berhampiran Stesen keretapi. Bayangkan, dari Ramsis lebih setengah jam, baru sampai ke Dewan DPM Syubra tempat perhimpunan berlangsung.
Banyak yang saya sentuh dalam ucapan menjelaskan beberapa persoalan termasuk masalah nama pelajar Syubra tahun satu yang masih juga belum naik nama mereka sehingga masuk waktu peperiksaan dan juga masalah pelajar banat Maahad Qiraat di Mansurah yang dihalang masuk peperiksaan oleh Mudirah Maahadnya yang cukup tegas itu. Pihak JPMK telah bertemu akhirnya dengan Syeikh Al-Azhar yang telah mengarahkan agar fail-fail pelajar ini diproses dan membenarkan semua mereka menduduki peperiksaan Dur Thani pada Julai nanti. Selain itu saya juga turut menerangkan tentang masalah pinjaman YINK dan juga bantuan Jabatan Zakat selain memberikan semangat dan motivasi agar anak-anak Syubra yang memang sedia cemerlang dalam keputusan tahun lalu dapat meneruskan rentak kecemerlangan.
Sebelum jamuan makan "nasi mandi" dari peruntukan yang disediakan untuk majlis itu, semua yang hadir telah sudi bergambar ramai kenang-kenangan. Turut serta dalam majlis, Pengerusi DPM Syubra Akh Naim pelajar tahun akhir dari Pulau Pinang.
Terima kasih untuk DPM Syubra, Mandub pelajar Kedah Syubra dan anak-anak Kedah Syubra yang turut bersama. Sehingga jumpa lagi.. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan