Demam Imtihan baru sahaja bermula...Bagi mereka yang dah bersiap sedia dengan segala kekuatan dan lengkap dengan strategi penuh tersusun menghadapinya, inilah detik yang dinanti-nantikan selama ini.... Ke kuliah dengan istiqamah... sudah, muzakarah dan mutalaah.... sudah, kelas tutorial ....sudah, group study pun...sudah!! Study sorang-sorang lagi-lagilah sudah....!!! Teringat pertemuan terakhir dengan YAB MB Ustaz Azizan ...,katanya :" Ana kalau baca buku habis ( kulit ke kulit ) masuk kali ke4, konpom najah!!"
Bagi kumpulan pelajar-pelajar berdisiplin dan gigih ini, inilah masanya mereka akan mencurahkan apa yang tersimpan di minda dan ingatan yang sarat setelah sekian lama memindahkan ilmu dari para pensyarah dan kitab-kitab ke dalam dada. Walaupun ini bukanlah matlamat akhir sebuah perjuangan dalam menuntut ilmu, tetapi kecemerlangan tetap satu tuntutan Islam yang cukup jelas dalam hidup sementara ini.
Namun, bagi kumpulan pelajar yang cuai dan culas dalam pelajaran, detik menghadapi musim peperiksaan adalah satu mimpi ngeri yang terpaksa dihadapi! Kalau boleh mereka ingin lari..lari dari menemuinya. Ketika musim pengajian baru bermula dulu, mereka ini gagal tangani masalah pengurusan diri. Mereka gagal disiplin ke kuliah..mereka tiada jadual waktu...mereka lebih banyak melayan nafsu tidur, berehat, bersantai, makan, chatting di laman sembang, FB, YM dan lain-lain dari mengejar kecemerlangan dalam merealisasikan mahasiswa cemerlang ilmu, akdemik dan akhlaq yang tinggi. Kata nasihat dan semangat yang diberi ibarat mencurah di daun keladi!! Mereka bakal menyesal lagi....Andai gagal kembali bangkit dan segera melakukan pusingan U di minit-minit terakhir ini.
Ibarat berlari dalam satu pertandinagn marathon...semua pelari sebenarnya sedang menghampiri garisan penamat...Semuanya sedang melakukan pecutan akhir!! Buat semua khasnya anak-anak Kedah di Mesir, Syria dan Jordan, Abah ingin ucapkan SELAMAT....SELAMAT MEMBERIKAN YANG TERBAIK!! BIT TAUFIQ WAN NAJAH...
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian!!
Kalau tidak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya..
Yang pipih pun tak datang melayang..
Yang bulat juga tak datang bergolek...
ترجو النجاة ولم تسلك مسالكها ** إن السفينـة لا تجري على اليبس
Maksudnya ( Kamu mengharapkan perlepasan - kejayaan, kecemerlangan, sedang kamu tidak mengikut jalannya.*** Sesungguhnya kapal tidak berjalan(berlayar) di atas daratan.!!
Abah doakan semoga semuanya akan berjaya cemerlang...berjaya dalam menghadiahkan kebahagiaan buat ibu ayah yang selama ini berkorban segalanya untuk kita di sini. Perit, jerih susah payah mereka akan hilang bila mendengar kita cemerlang!!! Moga cemerlang dunia akhirat!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan