16 Mei tiba lagi ....Tarikh keramat buat semua warga guru Malaysia. Sambutan Hari Guru diadakan tidak lain untuk menghargai para guru yang cukup berjasa dalam membangunkan manusia sejak sekian lama. Ia juga diadakan untuk mengasuh anak-anak kecil yang masih di bangku sekolah sehinggalah remaja yang belajar di Poli dan universiti maupun pegawai yang sedang bekerja di pelbagai sektor...kerajaan atau swasta..bahawa generasi guru adalah sekumpulan insan terhormat yang mulia sejak zaman berzaman...Dimuliakan "Insan Berilmu" ini dalam kitab suci mahupun dalam sabda Nabi!
Gurulah yang bertungkuslumus mengenalkan kita sejak mula kita ke sekolah mengeja, membaca dan mengira...Gurulah yang bersusahpayah dengan sabarnya membimbing dan mendidik kita...Gurulah yang tak jemu-jemu membakar kekuatan api perjuangan untuk terus bersemangat mencari dan mencari ilmu...Walau beban yang digalas guru bertambah berat dari hari ke hari, namun generasi mulia ini terus mengerah keringat menabur jasa kepada pembangunan tamaddun manusia! Betapa besarnya jasa mereka!
Sesungguhnya mulialah mereka yang memuliakan guru yang pernah menitiskan ilmu dalam hidupnya walaupun sedikit..Walau barangkali ketika dirinya terlalu hingusan ketika dia sedang belajar di peringkat Tadika atau di Sekolah Rendah Kebangsaan..! Kerana guru tetap guru...Islam sangat memandang tinggi kepada golongan yang mewarisi tugas Nabi ini! Berkahlah hidup mereka yang sentiasa menghormati dan menyanjungi guru dalam hidupnya...Terpujilah mereka yang sentiasa ingat ketika dia sudah berada di puncak, bahawa dia tidak akan pernah sampai ke situ jika dia tidak diajar guru!
Malangnya, terkadang kita bertemu jenis manusia tidak lagi hormati guru..yang dulu pernah mengajarnya ilmu! Kerana hari ini barangkali dia sudah tinggi...sedang belajar di universiti...dia sudah mau dapat MA atau Phd. Dia lupa bahawa ia tidak akan sampai di atas kalau tidak pernah bermula di bawah!!!! Nada bercakapnya sudah hilang hormat pada guru ...Kadang-kadang, sampai hati, dengan gaya sombong dan lupa diri, disindir-sindir gurunya sendiri!
Buat teman-teman guru...marilah kita memahami, bahawa Allah akan sentiasa memuliakan guru yang berjuang ikhlas menitiskan ilmu, menjadi murabbi, muaaddib, muaallim maupun mudarris yang mengajar manusia menjadi manusia berjiwa hamba pada Allah Maha Pencipta ,...menjadi khalifahNya di dunia sementara ini.
Guru...Terima kasih tidak terhingga di atas segala ilmu dan kemahiran yang dikau berikan...Selamanya diri ini tidak akan lupa segala jasa-jasamu guru...Ya Allah Engkau muliakanlah semua guruku....Tinggikanlah darjat mereka..Ampunilah dosa-dosa mereka dan masukkanlah mereka ke dalam syurgaMU...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan