Selasa, 11 Mei 2010

YANG DITANGGUHKAN SEMENTARA...

Kemeriahan kuliah-kuliah pengajian "syeikh-syeikh Arab" di Rumah Kedah suatu yang sudah  menjadi sebutan di kalangan anak-anak Malaysia khasnya dan amnya sebahagian anak-anak serantau seperti Indonesia dan Singapura. Bahkan ada di kalangan pelajar yang mengikuti kuliah pengajian di Rumah Kedah ini, datang sejauh Madinat Buuth serta Iskan Thullab Al-Azhar dan ada pelajar Mesir sendiri yang ikut bersama kuliah-kuliah pengajian yang disampaikan para Masyayikh terutama kuliah Fadhlatus Syeikh Muhammad Ibrahim Alkittani ulamak yang tersohor dari Iskandariah."syeikh-syeikh Arab" yang lain ialah Fadhilatus Syeikh Jamal Farouk, Fadhilatus Syeikh Usamah Sayyid Mahmud , Fadhilatus Syeikh Asyraf Hasaneen , Fadhilatus Syeikh Saad Jawish serta Fadhilatus Syeikh  Dr. Ahmad Mamdouh dari Darul Ifta'.

Namun, oleh kerana tempoh untuk peperiksaan semester kedua menjelang tiba, maka semua kuliah-kuliah pengajian termasuk kuliah-kuliah yang disampaikan "syeikh Melayu" juga telah ditangguhkan sehingga selesai peperiksaan Julai akan datang.   Tanggal 11 Mei 2010 Selasa malam Rabu baru-baru ini, kebanyakan Masyayikh yang menyumbang ilmu di sini telah hadir dalam kuliah terakhir Fadhlatus Syeikh Muhammad Ibrahim Alkittani yang berlangsung selepas solat isyak. Turut hadir Fadhilatus Syeikh Jamal Farouk dan Fadhilatus Syeikh Saad Jawish yang masing-masing turut menyampaikan beberapa nasihat akhir. Sebelum itu, Fadhilatu Syeikh Dr Ahmad Mamdouh telah menyampaikan kuliahnya yang terakhir selepas solat maghrib sebelum ditangguhkan.Majlis jamuan makan malam telah diadakan di kediaman pegawai bagi meraikan para masyayikh.







Bersama fadhilatus Syeikh Ahmad Mamduh
 


Sebahagian pelajar Arab yang hadir


 
Malam sebelum itu,  semasa kuliah terakhir Fadhilatus Syeikh Usamah Sayyid Mahmud beliau telah membawa seorang ulamak Jordan yang juga seorang pakar Aqidah iaitu Fadhilatus Syeikh Dr. Said Abdul Latif Fudah yang turut diberi ruang menyampaikan kuliah pada malam tersebut. Turut serta hadir pada malam itu Fadhilatus Syeikh Jamal Farouk. Jamuan keraian makan malam juga telah diadakan di kediaman pegawai.






Bagi pihak pejabat pegawai dan mewakili semua anak-anak Kedah di sini, saya ucapkan  Alhamdulillahi Bihi Tatimmus Solihat Wa Jazakumullah Khairan Kathiran....Wa Ila An Naltaqi Qariban!! Bi Iznillah....

Tiada ulasan: