Hari ini, Khamis tanggal 20 Mei 2010. Setelah menemani Pegawai HEP Selangor Ustaz Halim yang ziarah ofis, saya merai beliau sarapan pagi di kafe sebelah dan kemudian membawanya melawat "Rumah Transit"untuk melihat kesesuaian bangunan 7 tingkat itu yang beliau cadangkan sebagai rumah sementara pelajar-pelajar Selangor yang akan berpindah keluar menjelang bulan Julai nanti. Kerajaan Negeri Selangor pun telah bersetuju dua blok Asrama Darul Ehsan di Haiyyu Asyir akan dibaik pulih segera.
Sehingga tengah hari, saya sibuk menandatangani ratusan sijil-sijil penghargaan pelajar yang dihantar Setiausaha Agung MKKK Akh Subki. Kemudian saya dihubungi bakal doktor Ukht Insyirah bekas pelajar cemerlang di Maktab Mahmud Alor Setar yang maklumkan nak datang ziarah dengan kawan serumahnya Hannnan puteri YDP MAIK Dato' Syeikh Uzir...Silalah...Sila.! Tak lama saya dihubungi pula ketua kumpulan banat KUIN Ukht Liza yang memang hari ini bercuti dan tak ada kursus kat markaz juga maklumkan nak datang ziarah Abah dan Mama...Silalah...Sila!
Sebenarnya anak-anak banat KUIN ini sejak pagi lagi dibawa HEWI MKKK ke Kuliah Banat untuk merasai pengalaman sebenar siswi azhar ke kuliah. Mereka pun sebenarnya sudah selesai sessi taaruf dengan senior junior mereka di Tingkat 10 Asrama Darul Aman 3 Haiyyu Sabiek ini yang tentu berbeza dengan suasana di Rumah Pahang di Haiyyu 'Aasyir. Setelah singgah ziarah sekejap di pejabat sekankang kera saya di bawah, saya bawa mereka ke kediaman pegawai yang luas.....Mereka disambut Mama dan Dr. Insyirah dan Dr.Hannan yang dah sampai lebih awal. Meriahnya ruang tamu rumah saya dengan semua yang datang. Alhamdulillah sebab ada senior seperti Ukht Hamidah , Aripah dan Fauzimah yang tolong "oghang ghumah" sedikan laksa, juadah mengejut untuk semua tetamu.....
Ketika melayani semua yang hadir, secara kebetulan saya menerima sms dari Dekan Fakulti Bahasa Arab Universiti Insaniah, Prof.Madya Dr Bakhir dan juga panggilan telefon dari Timbalan Dekan, Dr Abdul Ghani yang bersusah payah menghubungi saya dari saudi Arabia. Seolah-olah mereka tahu saya sedang bersama dengan anak-anak KUIN......
Akhirnya, sekali lagi...Ahlan Wa Sahlan buat semua anak-anak...Semoga berpuas hati dengan layanan Abah dan Mama sekeluarga. Jumpa lagi!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan