Khamis, 6 Mei 2010

KEDATANGAN DEKAN FAKULTI BAHASA ARAB UNIVERSITI INSANIAH

Tanggal 4 Mei 2010, sekitar jam 2.30 petang saya ke Haiyyu 'Asyir menjemput Pak Tam Syaari dan langsung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah bagi menyambut Ybhg.Prof Madya Dr Mohd Bakhir Abdullah Dekan Fakulti Bahasa Arab Uni Insaniah atau KUIN.

Beliau menaiki penerbangan Kuwait Airways yang kebetulan tiba ke Kaherah bersama rombongan pelajar Uni Malaya yang datang ke sini untuk mengikuti kursus Bahasa Arab di Universiti Ain Syams dekat sini. Kebetulan saya bertemu Prof Madya Dr Hasan Basri yang datang menjemput kumpulan pelajar UM ini. Masing-masing kelihatan begitu bersemangat, apalagi semua kos ditanggung oleh UM.

 

 
Prof Madya Dr Mohd Bakhir sebenarnya datang awal untuk menguruskan kemasukan sejumlah 34 pelajar KUIN untuk mengikuti kursus Bahasa Arab di Markaz Fajr sebuah pusat mempelajari Bahasa Arab yang terkenal sejak sekian lama di Mesir ini. Dari air port, saya membawa beliau ke rumah Pak Tam Syaari yang sudah siap menyediakan makan tengah hari. Tak sangka petang itu, saya dan Dr. Mohd Bakhir dijamu pelbagai jenis makanan Arab termasuk kabab, kuftah, ayam bakar, sup burung merpati selain aish, dan nasi.



Dr.Mohd Bakhir saya tempatkan di Tingkat 11, Rumah Tamu Asrama Darul Aman 3. Hari kedua saya memberikan komitmen mengiringi beliau ke Markaz Fajr untuk berbincang dengan pihak pengurusannya berkaitan kursus tersebut. Sebelum itu, saya, bersama Pegawai HEP Pahang dan Pegawai HEP Sabah meraikan Prof Madya Dr Mohd Bakhir di sebuah Restoran Syai di Haiyyu Sabiek.. Markaz Fajr Li Taklimil Lughah li Ghairin Natiqina Biha terletak di Haiyyu Thamin. Agak lama juga saya dan Dr Bakhir berbincang dengan Dr Walid Al Johary , seorang sarjana berkelulusan Fakulti Undang-Undang yang cukup gigih mengusahakan markaz itu. Kami difahamkan di markaz itu terdapat beberapa orang guru berpengalaman yang sudah sampai ke tahap memiliki Phd. Pulang dari markaz, perut dah lama berbunyi...Alhamdulillah "oghang ghumah" dah siap menghidangkannya di atas meja.






Hari ketiga, saya mencari kesempatan membawa Prof Madya Dr Mohd Bakhir ke kompleks Haiyyu 'Aasyir yang menempatkan rumah-rumah negeri seperti Kedah, Terengganu, Pahang, Selangor dan Sarawak. Saya yang dah awal-awal berbincang dengan Peg HEP Pahang tetapi tak berjaya mencairkannya, mengesyorkan agar Dr Bakhir menggunakan bisanya untuk bercakap sendiri dengan Us Farid. Alhamdulillah atas skill tersediri Dr Bakhir dan hubungan yang lama antara mereka berdua akhirnya Us farid bersetuju menerima banat Insaniah di dua rumah tamu Pahang    Manakala pelajar lelaki pula ditempatkan di Rumah Tamu Sarawak setelah confirm Rumah Kedah yang sedang dibaikpulih belum boleh dimasuki dalam tempoh terdekat ini.



Besok saya akan ke air port bersama Dr Bakhir menyambut ketibaan pelajar-pelajar berkenaan.

Tiada ulasan: