Isnin, 17 Mei 2010

MA'ASSALAAAMAH YA DUKTURRRR....

16 dan 17 Mei 2010, dua hari berturut-turut saya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Hari pertama, saya ke Terminal Satu, Mathor Qodim menghantar kepulangan Ybhg.Dekan Fakulti Bahasa Arab Universiti Insaniah Prof Madya Dr Mohd Bakhir Abdullah yang menaiki pesawat Kuwait Airways. Turut menghantar beliau ke air port, Pak Tam Syaari dan juga Prof Madya Dr Ali seorang pensyarah KUIN warganegara Mesir yang kini pulang bercuti. Dr.Ali telah berkhidmat di KUIN sejak 10 tahun yang lalu juga merupakan bekas Dekan Fakulti Bahasa Arab KUIN sebelum jawatan itu diserahkan kepada Dr. Bakhir.

Untuk tujuan rekod, hari ini juga buat kali pertama setelah setahun bertugas di Mesir ini, saya ke Qism Syurthah atau Balai Polis. Dalam perjalanan ke air port, saya singgah di Balai Haiyyu Sadis naik ke tingkat satu membawa dua pelajar banat Kedah untuk membuat pengecaman laptop yang hilang di bangunan asrama tidak berapa dulu. Tiga  orang pencuri yang bertanggungjawab terhadap hampir 80 buah laptop dan puluhan telefon tangan yang hilang sejak tahun lepas di beberapa buah asrama dan rumah milik pelajar-pelajar Malaysia akhirnya tertangkap juga. Urusan saya jadi lebih mudah di Qism Mabahis atau CID itu kerana turut ditemani Dr.Ali.






Hari kedua 17 Mei pula saya bersendirian ke Terminal Tiga, Mathor Gadid menghantar rombongan ERA EDAR MARKETING yang menaiki penerbangan EgyptAir ke Saudi Arabia untuk melakukan ibadah umrah sebelum pulang ke Malaysia. Rombongan yang diketuai Ybhg Dr Jamaluddin serta isteri Ybhg.Dr Aisyah itu turut diiringi Ybhg Dr Abdul Ghani, Timbalan Dekan Universiti Insaniah.



 


Semoga sepanjang berada di Perlembahan Nil ini, pihak Ybhg Prof Madya Dr.Mohd Bakhir dan para tetamu dari ERA EDAR berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Terima kasih di atas segala perkongsian. Semoga Allah SWT mengganjari segala kebaikan yang ditaburkan dengan pahala berlipatkali ganda. Sehingga jumpa lagi!

Tiada ulasan: