Isnin, 3 Mei 2010

SELAMAT MAJU JAYA............... AHLAN WA SAHLAN...!

Manusia merancang Tuhan jua menentukan! Tiap yang bermula pasti ada akhirnya...Manusia yang redha , tenanglah hidupnya...Mengkritik kehendak Allah SWT, menempah bala maknanya!!

Tanggal 2 Mei 2010, Ybhg. Tn.Hj.Mohd Zohdi Haji Saad sah bertukar meninggalkan jawatannya selaku Pengurus Besar YINK setelah hampir dua tahun menerajuinya. Beliau bertukar ke UPEN atau Unit Pembangunan Ekonomi Negeri sebagai  Pemangku Timbalan Pengarah UPEN Negeri Kedah Darul Aman. Bagi pihak Pejabat Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kedah Timur Tengah, saya ucapkan Selamat Maju Jaya kepada Ybhg.Tn.Hj.Mohd Zohdi dengan iringan doa semoga setiap langkah beliau akan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang serta perlindungan Allah selalu hendaknya. Mewakili anak-anak Kedah di Timur Tengah ini, saya ucapkan jutaan terima kasih di atas segala sumbangan dan pertolongan pihak Tuan kepada kami semua selama ini. Moga Allah SWT membalas segala kebaikan Tuan dengan berlipatkali ganda kebaikan..Aameen.

Bagi pihak semua anak-anak Kedah dan atas nama peribadi serta seisi keluarga saya di Kaherah ini, saya pohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan yang mungkin telah dilakukan samada secara sengaja atau pun sebaliknya sepanjang kita bersama. Semoga kita berjumpa lagi...

Seterusnya....Selamat Datang dan Ahlan Wa Sahlan diucapkan kepada pengganti Ybhg.Tn.Hj.Mohd.Zohdi sebagai Pengurus Besar YINK iaitu Ybhg.Tn.Hj.Abdul Rahman Ismail. Dengan iringan doa semoga Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayahNya serta membantu Ybhg.Tuan untuk terus memperkasakan YINK dan memacunya ke puncak ketinggian. Semoga hubungan yang sedia terjalin akan lebih kukuh selepas ini.

Bagi pihak Pejabat Pegawai dan semua anak-anak Kedah di Timur Tengah ini,  kami di sini sentiasa menanti untuk sentiasa memberikan kerjasama, dalam menyokong dan melakasanakan aspirasi, misi dan visi YINK demi mencapai Kedah Sejahtera.


2 ulasan:

halim nasir berkata...

Salam Syeikh. Ana dah berpindah alamat blog. Yg lama virus sudah kacau.

www.islamtulen.blogspot.com

Syeikh Yusoff Haji Ahmad berkata...

Salam sahabat...patutlah hari tu cuba nak ziarah macam biasa tak boleh..ghupanya ada virus jugak no...
panggil polis tangkap je..kalau tidak tembak!!