Salam rindu dari kejauhan…..
Hari ini 1hb.Ogos 2009, hari Sabtu, sepatutnya Daurah Ilmiah yang masih lagi berlangsung ini menampilkan Fadhilatul Syeikh Dr.Jamal Faruok. Tetapi dengan rahmat Allah dan kasih sayangnya Fadhlatul Syeikh Dr Usamah seorang ulama Azhar yang cukup terkenal dewasa ini dan dikatakan bakal mufti Mesir selepas Fadhilatul Dr Syeikh Mohd. Ali Jumaah telah dibawa oleh Syeikh Jamal bagi menyampaikan kuliahnya.

Bagi sesiapa yang membaca iklan segera yang dibuat melalui internet, dapatlah dia datang bersama-sama mereka yang memang istiqamah dan setia dalam program ini untuk merebut kesempatan untuk bersama-sama dengan fadhilatul Syeikh Dr. usamah. Bertuahlah mereka yang bertuah yang merebut kesempatan menambah ilmu di dada untuk bersama para ulama yang muktabar ini dan malanglah mereka yang memilih untuk membuang masa percuma tanpa mengambil kesempatan yang terhidang ini.
Seperti biasa, selepas kuliah, para tetamu akan dirai dengan sedikit jamuan di kediaman pegawai. Saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk berada di tengah-tengah para ulama Islam yang “tabahhur” ini. Saya sangat terasa akan kerdilnya diri dan sedikitnya ilmu sehingga terasa bagai tidak layak bersuara di hadapan mereka. Syeikh Jamal sempat memberitahu tentang rancangan untuk majlis penutup Daurah nanti yang Insyaallah akan dibuat di dewan Asrama Malaysia di Abbasiah dengan dihadiri tetamu utama Mufti Jumhuriyyah Fadhilatul Syeikh Dr.Mohd Ali Jumuah. Saya maklumkan, bahawa saya akan segera membawa perkara ini ke pengetahuan Kedutaan/Jabatan Penuntut dan juga pihak Yayasan Islam Negeri Kedah. Andai ia menjadi kenyataan, satu lagi sejarah akan tercatat!
5 ulasan:
Salam. Terbit dari diri ana ini, cemburu yg amat sangat tatkala selesai membaca artikel ini.
Demikian ketetapan Allah ya akhi...nak bagi peluang ana ngaji lagi!
Wa qul robbi zidni 'ilman......
salam..
abah knai dak dgn Jamal Abidi?
Maaf kerana Abah tak perasan... mungkin anta boleh berikan sedikit pencerahan....
Catat Ulasan