Sabtu, 22 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN 1430 & MAJLIS TAFQQUH FIDDIN RAMADHAN

Salam rindu dari kejauahan....


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua muslimin muslimat samada di tanah air terrcinta Malaysia atau di Mesir Lembah Ilmu ini atau di mana sahaja berada yang selama ini berkesempatan mengenali dan sudi menziarahi laman blog peribadi saya ini.

Marilah kita mensyukuri nikamt Allah SWT temukan kita dengan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini buat kesekian kalinya dengan mengikhlaskan nawaitu kita masing-masing untuk mengambil setiap peluang dan kesempatan masa yang terhidang di bulan Rahmat ini untuk melakukan sebanyak mungkin amalan yang baik semata-mata keranaNYA. Inilah sebaik-baik bulan yang ditangisi oleh para sahabat RA akan pemergiannya dan diharap-harapkan pertemuan dengannya.

Ramadhan datang untuk menghapuskan dosa dengan tarbiahnya....kita akan berpuasa menahan nafsu dan menjinakkannya...kita akan memperbanyakkan zikrullah dan bertilawah serta bertadarrus al-Quran, bersedekah, bersolat Tarawih, beriktikaf dan...dan...dan... Sesungguhnya bertuahlah siapa yang memperolehi keampunan Allah dan perlepasan dari api neraka Allah pada bulan ini dan celakalah siapa yang melepaskan bulan ini pergi tanpa dia memperolehi keampunan Allah atas segala dosanya!!!!!


Seperkara lagi...Sempena Ramadhan tahun ini, Majlis Tafaqquh Fiddin yang disampaikan Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki dalam program Ihya' Ramadhan diteruskan bertempat di Dewan At-Tasamuh Wal Ikha', Asrama Darul Aman 3, Haiyu Sabiek,Madinah Nasr,Kaherah,Mesir bermula 30 Sya'ban hingga 22 Ramadhan 1430 H bersamaan 21 hb.Ogos hingga 12 september 2009 selepas Solat Asar dan Solat Tarawih. Kepada yangb berada di Mesir bumi barakah ini AYUH....tambahkan ilmu di dada. Kepada yang berada di luar sana boleh ikuti secara lansung insyaallah melalui Al-Muttaqin TV yang boleh dicapai melalui blog saya ini. Tiada bayaran dikenakan...

Kuliah pertama Syeikh telah saya ikuti secara live dari kamar 111 Hospital Jirahiyyat al-Yaum al-Wahid bersama rakan siber yang lain. Di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. Orang bertuah mencari-cari jalan, orang gagal mencari seribu satu alasan!!!

RAMADHAN KAREEM :)

6 ulasan:

Ust Halim Nasir berkata...

Salam Syeikh. Dah sembuh ke?

Syeikh Yusoff Haji Ahmad berkata...

Salam Ramdhan untuk ustaz dan keluarga...Ana masih di tahan di wad. sebenarnya dalam satu bilik...soghang2..sesekali terasa mcm dalam sel tahanan ustaz. kita nak keluar tak boleh. Oghang mai nak ziarah pun dilarang...
Ramadhan tahun ini penuh erti...
ana sambut tanpa isteri, anak-anak maupun seorang yang ana kenali du bumi terasing ini!
segalanya satu ketetapan akhi!!!

Pena Mujahid berkata...

Salam ustaz, syafakallah, mudah mudahan cepat sembuh..dan mudah mudahan ustaz tabah menghadapi ujian Allah ini, sungguh setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.Dan kami di sini sentiasa mendoakan ustaz..(Hafidz ex-mmas)

Pena Mujahid berkata...

untuk pengetahuan ustaz juga atau mungkin ustaz dah tahu, 98 % daripada penduduk Malaysia yang dijangkiti H1N1 sembuh, dan sekarang di Malaysia, siapa yang kena H1N1 cuma diberi antiviral biasa ja, macam demam biasa..jadi tak perlu risau sangat...insya Allah kami sentiasa doakan..

Syeikh Yusoff Haji Ahmad berkata...

Syukran jazilan 'ala du'a ya akahi..wa syukran 'ala zziarah.....Aina anta laan? 'Ala kulli hal Ramadhan Kareem wa kullu 'aamen wa antum bi khair...

Syeikh Yusoff Haji Ahmad berkata...

Syukran jazilan 'ala du'a ya akahi..wa syukran 'ala zziarah.....Aina anta laan? 'Ala kulli hal Ramadhan Kareem wa kullu 'aamen wa antum bi khair...