Tanggal 17hb Mei 2010, sebaik pulang dari airport menghantar Dr. Abdul Ghani Timbalan Dekan Fakulti Bahasa Arab KUIN dan lain-lain ahli rombongan Era Edar yang selamat berlepas ke Jeddah, Saudi Arabia, saya langsung ke Kompleks Haiyyu 'Asyir. Masih teringat titipan salam Dr. Mohd Bakhir yang belum disampaikan. Dan ditambah pula dengan pesan Dr.Abdul Ghani.....saya tidak boleh bertangguh lagi. Tambahan pula, Us.Farid Peg.HEP Pahang baru menghubungi saya memaklumkan kemungkinan banat KUIN yang menumpang di dua Rumah Tamunya terpaksa dipindahkan kerana ada rombongan "orang besar Yayasan Pahang"akan sampai bulan depan....Lagipun, saya belum sempat bertanya khabar langsung selepas anak-anak KUIN ini masuk ke Markaz Fajr tempoh hari...
Setelah kepulangan "orang-orang besar" KUIN di sini, siapa lagi yang tinggal kalau tidak saya sebagai wakil kerajaan Kedah untuk melihat kepentingan kebajikan dan mashlahat rakyat Kedah di sini. Ini memang sudah tanggungjawab saya. Setelah sampai di Haiyyu 'Aasyir, sebelum naik ke Rumah Sarawak, saya menjenguk Asrama Darul Aman yang sedang giat di"pulihkan". Tinggal tingkat bawah sahaja yang melibatkan juga "Rumah Tamu" yang nampaknya masih belum siap sepenuhnya. Namun, secara kesuluruhannya, bolehlah dikatakan hampir 97% siap. Nampaknya, anak-anak saya di Rumah Transit terpaksalah bersabar dan bertahan lagi di situ....Apa yang pasti, saya sesekali tidak akan 'memberi izin menduduki' kerana atas kapasiti Peg.HEP sahaja tidak mencukupi rasanya untuk saya berbuat demikian. Saya tak sanggup menganmbil risiko. Saya juga telah menghubungi pihak berautoriti JKR Kedah supaya mengambil langkah yang perlu....Saya masih lagi menanti keputusan mereka.
Di Rumah Tamu 2 Sarawak saya disambut meriah banin-banin KUIN yang begitu bersemangat bercakap Arab Fusha...Masing-masing dengan skill tersendiri. Saya juga bertaaruf dengan mereka yang rupanya datang dari pelbagai negeri juga. Ada yang datang dari Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan , Pulau Pinang selain dari Kedah sendiri.. Saya menyampaikan salam Dr Bakhir dan Dr Ghani dan seterusnya mengambil peluang membakar semangat anak-anak muda ini. Alhamdulillah mereka yang nampaknya cukup bersemangat! Saya juga dijamu secawan milo bujang yang cukup manis...
Saya naik ke Rumah Tamu Pahang setelah agak lama banat-banat KUIN menanti. Saya melihat mereka juga tak kurang semangat dari banin-banin KUIN bila saya bercakap Bahasa Arab dengan mereka. Cuma barangkali mereka agak lebih malu kerana mungkin tak biasa dengan "Abah" mereka ini. Saya jelaskan kepada mereka sebab saya memilih bercakap lebih banyak dalam Bahasa Arab kerana ingin membantu mereka sepertimana saya membantu anak-anak Kedah yang lain yang saya sering galakkan bertutur dalam Bahasa AlQuran ini. Rupanya banat KUIN yang ikut Jaulah ini juga terdiri dari multi negeri kerana selain dari Kedah ada banat yang datang dari Thailand, Johor, Pahang, Pulau Pinang etc.
Saya juga menyampaikan pesan dan salam Dr Bakhir dan Dr Abdul Ghani kepada mereka. Setelah mengambil persetujuan mereka tentang isu kemunkinan berpindah, saya juga mengambil peluang memberikan sedikit nasihat dan semangat agar mereka bersungguh-sungguh mengikuti tiap yang dicurahkan guru di markaz itu di samping memberanikan diri bercakap dalam Bahasa Arab walaupun salah. "Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit"!! Saya juga berjanji akan membawa "Mama - Oghang Ghumah" menziarahi mereka di lain waktu.
2 ulasan:
Salam ustaz, lama tak cominicate. gambar no 2 tu, banat no 4, sebelah kanan banat tdg hitam tu, anak saudara sepupu saya dari pondok lanai, prt panjang, namanya kami dok pgl Ina bt Ghazali.
salam sahabat....
ya ka...tolonglah pakat2 doa Allah bagi terang hati perut biaq depa balik sana depa lebih hebat penguasaan bahasa arab dari sebelum mai sini....
Catat Ulasan