Salam rindu dari kejauhan...
Rakyat Kedah di Mesir bertambah lagi beberapa orang. Yang datang kali ini bukan sebarangan. Alfadhil Ustaz Aqli Ahmad, pensyarah di Kolej Universiti Insaniah Kedah tiba ke Mesir bersama keluarga untuk menyambung pengajian PHD beliau di Universiti Al-Azhar.
Bersama Ustaz Aqli dan kelurga
"Selamat jalan Ustaz..."
Ustaz Aqli memilih untuk tinggal di Iskandariah, kota pelancongan yang terkenal dengan pantai dan lautnya. Sebenarnya, beliau memilih Iskandariah kerana memang sudah biasa di sana selain harga rumah yang jauh lebih murah dari di Kaherah. Dengan apertment tiga bilik, beliau hanya perlu membayar LE700.00 berbanding LE1500.00 ke LE2000.00 kalau di Kaherah. Kepada Ustaz Aqli dan keluarga "Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikom!!!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan