Sebelum balik ke rumah saya di Derga, saya ke Giant Souq Al-Bukhari mencari baki barang yang dipesan isteri untuk dibawa pulang ke Kaherah. Perut yang berbunyi membawa saya meninjau ke Medan Selera Souq Al-Bukhari. Kebetulan saudara sepupu saya membuka perniagaan "Western Food"-nya di situ. Itulah kali pertama saya ke premisnya yang menggunakan nama "Brie Kitchen". Nyata, dia punya kelebihan tersendiri yang Allah kurniakan...Sedap dan menyelerakan!!
Bersama pemilik " Brie Kitchen"
Antara menu utama di "Brie Kitchen"
Hampir jam 3 petang, saya balik ke rumah kakak sulung saya untuk menjemput Mama ke rumah saya di Derga. Walaupun perut dah terisi dengan "Lamb Chop", saya layan juga kakak dan Mama yang menanti lama untuk makan tengah hari terakhir bersama.
Makan tengah hari akhir di rumah kak Mi
Jam 5 petang saya sampai ke rumah bersama Mama. Tak lama kemudian rumah saya meriah dengan adik beradik dan jiran tetangga yang datang. Kakak Munirah datang lebih 25 km dari Air Hitam selain adik-adik saya yang datang dari Kuala Nerang dan Bukit Payong, Pokok Sena. Turut bersama di malam terakhir saya di Malaysia, kak Hamidah / abang Kadir yang memang terlalu banyak bersusah payah untuk saya tiap kali saya balik ke Malaysia.
Bersama saudara mara di Derga
Bersama Ustaz Hafiz dan Ustaz Mohd. Naim...
Saya ke lapangan terbang selepas solat Maghrib dihantar beberapa keluarga terdekat...Mama, kak Mi, abang Kadir, adik Hafiz, adik Naim, Ayong, anak-anak saudara..etc. Turut berada di lapangan terbang , pembantu tadbir saya yang cukup setia, Fairuz.
Alamak!! Barang lebih timbangan la Mama...
Bersama sahabat dari Taman Tengku Maheran, Jitra.
Jumpa lagi Malaysia!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan