Jumaat, 20 November 2009

'AID MILAD SA'IED...

Tanggal 20hb.November 2009....Tarikh keramat itu datang lagi..Alhamdulillah Syukur atas segala nikmat kurniaan dariNYA. Buat kesekian kalinya, kuucapkan "selamat panjang umur dalam rahmat, taufik, hidayah dan 'inayah Allah" pada isteri yang dikasihi...juga buat anakanda Ziyad yang berkongsi tarikh yang serupa dengan Mamanya.

Berbezanya di sini dengan di sana !...yakni di tanah air ...kerana di Kaherah ini, rupanya ramai anak-anak yang tahu hari bersejarah Mama mereka...Ramai yang tiba-tiba muncul tanpa khabar dan inzar terlebih dahulu semata-mata ingin berkongsi gembira dengan Mama seisi keluarga. Sediakan kek harijadi, hadiah dan juadah....


Kek coklat (yang berhajat boleh tempah..)

 
 
 Mama dan Ziyad


 
Berkongsi hari yang sama, 20 November

Isteri saya yang dipanggil Mama oleh anak-anak di sini genap 41 tahun, manakala Ziyad anak keempat saya masuk 9 tahun. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan merahmati ...memberikan kesihatan yang baik dalam ketaatan yang berpanjangan buat mereka dan kita semua...Aameen.


 Penaja "Koteow Goreng" dari Asrama Darul Aman 1

 

 
 Antara sebahagian yang hadir... :)


 
Penaja kek coklat
 Kuning Corner Bakery (KCB)

 
 
Dah siap untuk ..makan!
 
 
Kek dan Hadiah..Barakallah...Wa Jazakumullah!!

Buat siswi-siswi saya yang bersusah payah sediakan itu dan ini untuk majlis harilahir Mama dan Ziyad, Abah ingin merakamkan jutaan terima kasih...Abah cukup terharu dan rasa sangat dihargai...Semoga anak-anak semua akan dikuniakan Allah SWT kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran dan ganjaran berlipatkali ganda pahala di akhirat nanti...

Tiada ulasan: