Selasa, 17 November 2009

SELAMAT PULANG DAN SELAMAT BERJUANG..


Tanggal 16hb.November 2009, saya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah lagi. Kali ini saya ke sana menghantar pembantu tadbir ( pengganti sementara Fairuz ) di pejabat saya, us. Hasbullah Mokhtar yang telah berjaya cemerlang dalam peperiksaan tahun akhirnya yang lepas. Hasbullah berangkat pulang ke Malaysia bersama beberapa orang penting Kedah di sini. Turut bersamanya, us.Zamri, Wahab dan Yusri selain beberapa orang mahasiswi yang turut tamat pengajian.


 Terminal 3 - Di luar Balai Berlepas


 
 Kenangan dalam Dewan Perlepasan..


 
Kenangan abadi..us. Zamri, us. Hasbullah, us. Wahab dan us. Yusri


 Bersama banat Kedah yang pulang ke tanah air..


 
Pelukan dan tangisan...pilu!!

Ustaz Zamri merupakan salah seorang tenaga pengajar yang memang dikenali di kalangan anak Kedah di Perlembahan Nil ini. Ustaz Wahab dan Yusri pula lebih tersohor kerana kemahiran tinggi mereka dalam masak memasak. Us. Hasbullah adalah mantan SU Agung MKKK dan ketua unit DATC yang cukup berjasa.


 Moga berjaya dan bahagia di sana..


 
Teruskan perjuangan menyebarkan ilmu...jadi pelita masyarakat!
 
 
 Hanya doa dititipkan bersulam nasihat..

 
Jangan lupa perjuangan...

Bagi pihak pejabat pegawai, abah ucapkan ribuan terima kasih dan jazakumullah khairan kathira atas sumbangan yang telah kalian berikan. Didoakan semoga antum semua akan lebih berjaya setelah pulang ke Malaysia. Selamat kembali dan selamat berjuang....

Hari yang sama, malamnya saya sekali lagi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Cuma kali ini  saya ke sana bersama isteri. Bersama beberapa orang bekas pelajar puteri Maktab Mahmud Alor Setar, saya dan isteri menghantar ustazah Miah, bekas guru MMAS yang datang bercuti sambil menyaksikan anak gadisnya menerima ijazah dalam majlis konvokesyen baru-baru ini.


Bergambar kenangan bersama ustazah Miah
 
Semoga ustazah Miah berpuas hati dengan layanan anak-anak Kedah di sini.

1 ulasan:

Ust Halim Nasir berkata...

Perpisahan itu menyakitkan........