Rabu, 4 November 2009

SELAMAT SAHABAT....


Pegawai dan kakitangan Kedutaan, Jabatan Penuntut, Ketua-ketua Agensi dan Pegawai-Pegawai Rumah Negeri bergambar kenangan bersama Ustaz Yazit Kechik

Tanggal 3hb. November 2009, bertempat di Dewan Asrama Abbasiah satu majlis khas telah dianjurkan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah bagi meraikan salah seorang Atase Pendidikannya yang tamat perkhidmatan di Mesir ini. Pegawai yang dimaksudkan adalah Ustaz Yazit bin Kechik yang juga seorang bekas pelajar Mesir suatu ketika dahulu. Beliau telah berkhidmat di sini lebih kurang tiga tahun dan bidang tugasnya adalah berkaitan akdemik pelajar.

Ustaz Yazit berasal dari negeri Pahang dan selain menguruskan akademik pelajar seperti pengurusan pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar baru ke universiti melibatkan samada dalam bidang pengajian Islam maupun dalam bidang perubatan, beliau juga selama ini adalah pegawai JPMK bertanggungjawab sebagai pendaftar nikah di sini. Berapa ramai pelajar seluruh Mesir yang telah disatukan sah sebagai suami isteri oleh Ustaz Yazit.

Pada Ustaz Yazit, isteri dan keluarga diucapkan" Selamat Berangkat....Panjang Umur Kita Jumpa Lagi.." Semoga kita sama-sama dalam perlindungan, rahmat, taufiq dan inayah Allah selalu hendaknya...Aaameen.

Tiada ulasan: