Tanggal 10 November 2009, hari ketiga di tanah air, hari masih mendung dan hujan renyai dan kadang-kadang lebat di sebelah petang. Pendek kata rindu pada hujan sudah terubat setelah bersua hujan setiap hari di sini. Selepas waku pejabat setelah minum petang bersama tetamu yang datang mencari saya hingga ke rumah kakak saya di Taman Seri Taman 2, Jalan Tun Razak, saya ke rumah seorang sahabat, teman seperjuangan, rakan sekolah dan akan kekal menjadi sahabat ke akhir hayat Ustaz Badarudin Abdul Razak.
Dari tingkap pejabat di YINK
Bagi mereka yang belajar di Maktab Mahmud sezaman dengan saya 1980 - 1987 pasti akan perasan kelibat beliau kerana beliau lama menjadi Pengawas dan kemudian Ketua Pengawas. Masa zaman sekolah dulu, saya sering juga ke rumahnya di Titi Gajah dan dia macam saudara lelaki saya kerana kerap nampak muka di kampung saya. Dia banyak menyokong saya dan menasihati saya sejak zaman sekolah sehinggalah kami sama-sama ke Mesir dan tinggal serumah. Bakat kepimpinannya lebih terserlah di Mesir sehingga dilantik sebagi ahli badan pengurus PMRAM ketika itu.
Sama-sama dimamah usia...pengalaman mematangkan kita sahabat!
"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.."
Kebetulan isteri beliau Ustazah Nazirah Jamil adalah sahabat baik isteri saya kerana belajar di sekolah dan universiti yang sama. Saya berkunjung menziarahi beliau sekeluarga yang sedang diuji Allah yang Maha Mengetahui hikmah di sebalik tiap kejadian yang berlaku di maya ini. Beliau yang baru kehilangan bapa mertua yang dijemput Allah tiba-tiba, sebenarnya sudah lama tabah dan sabar menerima Qadha dan Qadar Allah kerana isteri tercinta sedang meneruskan rawatan sejenis 'barah' di kepalanya. Semoga Ustazah Nazirah cepat sembuh dan dapat kembali bertugas setelah begitu lama bercuti...
Bismillahisyaafi....azhibil baksa rabban naas ishfi anta syaafi...la syifa aa illa syifauka...syifa an la yugha diru saqama...
Sebelah malamnya, bersama bonda dan kakak Hamidah, di tengah hujan lebat, saya ke Alor Setar berjumpa dua beradik kak long Nurul Izzati dan kak ngah Khairul Mona, anak-anak perempuan adik lelaki saya yang sedang menuntut di Maktab Mahmud dan Maahad Addini Alor Setar.
Nurul Izzati, Mama. Kak Mi dan Khairul Mona...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan