Isnin, 9hb November 2009, saya ke YINK setelah diberi perlepasan berehat sehari sebaik sampai dari mesir. Seperti kebiasaan sebelum ini, ketika balik ke sini dalam tugas, saya akan masuk pejabat seperti lain-lain kakitangan di YINK.
Sebaik mengadap melaporkan diri di hadapan Tn. Hj.Mohd Zuhdi, Pengurus Besar YINK saya terus melaporkan perkembangan yang berlaku dan seterusnya mendapatkan reaksi balas serta nasihat-nasihat berguna dari beliau. Sebagai pegawai bertanggungjawab, saya kira saya sedang cuba melakukan yang terbaik dan akan sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik..Insyaallah. Dengan bimbingan, nasihat, tegerun dan panduan dari beliau, Insyaallah saya akan berjaya.
Buat betul-betul!!!...
Bersama Syam dan keluarganya di Lobi KMC
Keluar dari pejabat, saya ditemani pemandu YINK sdr.Bakar menuju ke Kedah Medical Centre. Sebenarnya Syam dan keluarganya dah agak lama menanti. Saya dah maklumkan tentang kedatangan saya yang akan sedikit terlewat kerana ngadap Boss. Syam perlukan "perakuan doktor pakar" dari Hospital Zaqaziq yang ada dengan saya untuk dipanjangkan kepada doktor pakar di KMC.
Petang setelah pulang dari ofis, saya sekali lagi balik meninjau keadaan banjir di kampung. Air nampaknya makin naik...Kelihatan banyak kereta yang disimpan di bahu jalan utama. Di jalan masuk ke kampung saya yang penuh digenangi air, saya bertemu dengan ramai saudara mara yang terpaksa meredah air berjalan kaki untuk balik ke rumah masing-masing.
Jalan masuk ke kampungku....
Kenangan bersama bapa saudara, ibu saudara dan kakak Hamidah
Terima takdir Allah dengan berlapang dada..
Sampan kecil itu milik ayahku..
Saya juga terserempak dengan kenderaan pacuan empat roda milik JPA3 yang keluar dengan membawa orang kampung untuk ke tempat pemindahan di sebuah sekolah rendah berdekatan kampung saya. Oleh kerana besok saya akan ke pejabat awal, saya terpaksa pulang dan terus menumpang lagi di rumah kakak.
Gagah meredah banjir...
Warga kampung yang mula dipindah ke tempat selamat
Segalanya tetap satu ketetapan....Redha jua beri ketenangan...Atas apa segala kejadian...Di tangan Tuhan, DIA tentukan!!!
1 ulasan:
Ustaz ... Dapat balik ke kedah pun ada hikmahnya, itulah ketentuanNya dan PerancanganNya juga. InsyaALLAH anak saya yang belajar di MM Yan(ustaz kenai kut Muhd Naim Saiden, pasai ustaz pernah ngajar di sana) dan nak ambil SPM 19 nov 2004 nanti saya nak bagi dia pi Uni. Azhar juga pasai pak dia bukan line agama bagi anak jadi la...
Catat Ulasan