Salam rindu dari kejauhan...
Tenggalam matahari 9 Zulhijjah, saya bersama pimpinan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah MKKK dan anak-anak Kedah di sini menyambut tiba lebaran dengan penuh kesyukuran. Bertakbir beramai-ramai sememangnya sudah menjadi tradisi tiap tibanya malam hari raya ....Aidil Fitri dan Aidil Adha..Malam itu, sekali lagi saya hadir "Malam Gema Takbir" dan perutusan hari raya yang berakhir dengan jamuan nasi himpit dan lontong.
"Pra khutbah raya"
Antara yang hadir
Jam tujuh pagi hari raya, saya sekeluarga bersama pegawai-pegawai dan kakitangan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, pegawai-pegawai rumah negeri serta sebahagian anak-anak Malaysia di sini, menunaikan solat sunat Aidil Adha di Dataran Haiyyu 'Asyir. Program anjuran JPMK itu mendapat kerjasama penuh pegawai-pegawai rumah negeri di Mesir. Selesai solat dan khutbah raya, semua yang hadir dijamu makan pagi dengan tetamu VIP di rumah Pegawai Terengganu manakala pelajar-pelajar pula di bahagian bawah Asrama Terengganu dan Pahang.
Ustaz Abdullah Atase JAKIM menyampaikan khutbah sebenar
Sebahagian pelajar yang solat raya bersama
Muslimat yang setia bersama
Di rumah pegawai Terengganu
Sesak...tak cukup kerusi
Pelajar sarapan di Dataran
Yang penting...ada bahagian..."Muhammad,Wiam dan Mubarak"
Muhammad tiada dalam gambar
Bersama sebahagian siswa Kedah
Bersama siswi Kedah
Bersama TYT Dato Malik Duta Malaysia ke Jordan dan En. Hazam dari JPA
Korban hari raya pertama melibatkan sejumlah lembu, unta dan kambing. Secara khususnya seekor lembu tajaan Petronas disembelih paling awal untuk dimasak bagi juadah makan tengah hari disusuli lembu KBMK, lembu ISMA dan kambing-kambing Persatuan Pelajar Perubatan. Unta perubatan pula disembelih selepas solat Jumaat dan makan tengah hari.
Lembu Petronas
Melapah kambing
Saksi korban
Bismillah Allhu Akbar
Semuanya kerana Allah
Memang meriah Dataran 'Aasyir pada raya haji kali ini. Sehari suntuk saya di sana, bersama rakan-rakan pegawai dan anak-anak Malaysia menjayakan ibadah korban dan majlis kenduri. Saya cukup bangga melihat anak-anak Kedah yang semuanya menjadi tonggak di "gedohok". Memang gulai tulang, kurma kambing dan daging cicah air asam yang istimewa hari itu dimasak dan disediakan "tukang masak Kedah".
Bersama pegawai KBMK dan pegawai negeri
Topi tajaan Petronas
Orang kuat di gedohok
Antara kru gedohok Kedah
Semoga ruh dan semangat "korban" dapat dihayati kita semua untuk menggapai CintaNYA!!!!
Hari raya kedua, awal pagi lagi sekitar 6.30 ramai anak-anak Kedah sudah berkumpul di perkarangan Asrama Darul Aman 2, haiyyu 'Asyir. Kita tumbangkan tiga ekor lembu termasuk dua hasil sumbangan YAB MB selain tiga ekor kambing. Hasil pengalaman tahun-tahun yang lalu, kita tak menghadapi masalah. Apalagi tukang sembelihnya, 'oghang lama Kedah..Pak Tam Syaari".
Penuh semangat bekerjasama
Sedia...!
Sembelih!!! Allahu Akbar...Allahu Akbar..Allahu Akbar!!
Minum sebelum dikorbankan....
Bersama pegawai Selangor dan Pak Tam Syaari
Saudara Hadi ketua chef gedohok
Melapah..
Perkakas dalam...
Kebanggaan negeri Kedah
Alhamdulillah kerana semuanya berjalan seperti yang dirancang dari sembelih, lapah, timbang, masak sampailah ke jamuan kenduri yang diadakan di Asrama Darul Aman Tiga. Seperti biasa jamuan VIP diadakan di Kediaman Pegawai manakala jamuan siswa di Kafetaria sementara siswi pula di Dewan At Tasamuh Wal Ikha'. Walaupun tidak semua jemputan dapat hadir tetapi suasana tetap meriah.
Bersama anak-anak Amanah Raya
Kafetaria untuk siswa
Terima kasih sangat..!
Siswi di Dewan
Musim sejuk lagi sedap makan... :)
Tn. Haji Zain..Pegawai N9 dan YDP Sabah
Isteri pegawai dan keluarga
Bersama Pegawai Pahang, Johor, Terengganu dan Petronas
Bersama sahabat dari Turki dan Monggolia
Bergambar kenangan dengan isteri pegawai dan isteri mudir Markaz Nil
Mudir Markaz Bahasa "Nil"...Mr Turgud Turki
Bersama Kuasa Usaha Sementara En.Saiful Anuar Mohamed dan keluarga
Kenangan bersama Us Halim Pegawai Selangor dan keluarga
Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Rumah Terbuka Kedah sempena Hari Raya Aidil Adha kali ini. Kepada YAB Dato Seri MB, terima kasih daun keladi kami anak-anakk Kedah di sini sangat menghargai pemberian YAB Dato' Seri. Begitu juga kepada MKKK, HEWI serta semua anak-anak Kedah yang ringan tulang membantu terutamanya "oghang-oghang penting" saya di gedehok yang bertungkus lumus memasak sejak hari raya pertama lagi!! Abah bangga dengan kalian!
2 ulasan:
Ustaz,
Seronok juga tengok suasana raya di perantauan dalam satu keluarga yang besar. Jangan dok balun daging tu banyak sangat nanti kadar kolestrol tu naik
tu lah...macam tau2 aihh...tolonglah doa...ana pun makan ubat gak ni...kim salam sahabat sp
Catat Ulasan