Salam rindu dari kejauhan...
Hari Raya Korban akan menjelang lagi dua hari sahaja lagi. Setelah masa yang ditetapkan tiba, seperti yang dijanjikan, saya mengikuti Pak Tam Syaari, orang Kedah paling lama dan cukup berjasa di Mesir ini mengharung kesesakan kota Kaherah hinggalah ke pinggirnya untuk mendapatkan bekalan lembu yang akan dikorbankan sempena Aidil Adha pada tahun ini.
Saya bersama bersama beberapa orang anak Kedah menaiki Avanza sementara Pak Tam Syaari pula menaiki sebuah Tramco yang disewa khas. Turut bersama-sama dalam "pencarian " petang itu, termasuklah Pegawai HEP Pahang, Ustaz Farid, wakil Petronas En. Usamah selain beberapa orang pelajar dari beberapa negeri.
Bersama Us. Farid, Pak Tam Syaari dan Ustaz Halim Sutuh,
Menariknya di Mesir ini kerana setiap tiba Hari Raya Korban sahaja, banyak simpang dan jalan raya tertentu yang dijadikan kandang terbuka sementara lembu, kerbau maupun kambing. Suasana menjadi cukup meriah dengan tawar menawar. Jalan menjadi bertambah sesak dengan manusia, kenderaan selain binatang-binatang korban yang mengambil sebahagian sisi jalan.
Kekadang mereka lebih mulia dari kita..!
Terpilih dikorbankan, confirm mereka bertuah..!
Setelah penat berjalan dan beberapa kali gagal dalam tawar menawar, akhirnya setelah solat Maghrib di sebuah masjid berdekatan, kami berjaya membeli lembu-lembu yang dicari dengan harga yang munasabah. Semua lembu yang dibeli diangkut dengan lori pickup dan di bawa ke Kompleks Asrama Pelajar Malaysia di Haiyyu 'Asyir.
Naik PickUp...
Dataran 'Aasyr menjadi meriah dengan binatang qurban dengan beberapa ekor unta, lembu dan sekandang kambing.. Kita terpaksa menempat pelajar yang bergilir-gilir berkawal untuk pastikan semuanya selamat..! Dataran ini juga jadi cukup meriah dengan anak-anak yang kagum melihat unta dan lembu selain sejumlah besar kambing yang akan ditumbangkan nanti..! Saya membawa anak-anak ke sana sehari sebelum raya untuk bersama-sama dalam gotong royong membersihkan dataran.
Antara yang akan dikorban...
Mujahid di atas "lembu MB"
Anak-anak bergambar kenangan dengan unta korban!!
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1430 H......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan