Isnin, 30 November 2009

MENJADI TETAMU SYEIKH ASYRAF

Salam rindu dari kejauhan...

Hari raya ketiga, saya sekeluarga ke rumah Fadhilatus Syeikh Asyraf salah seorang guru yang setia mengajar  anak Kedah di Asrama Darul Aman 3 setiap minggu. Beliau yang bertugas di Masjid Al-Azhar mengajar anak-anak Kedah ilmu berkaitan  Al-Quran dan Tajwid juga merupakan Guru dalam Tarikat Jaafariah yang diasaskan seorang ulama Al-Azhar yang terkenal iaitu Fadhilatus Syeikh Soleh Al-Jaafari.



 


Kebetulan pada hari itu, ramai murid-muridnya yang hadir ke rumah baru dibelinya. Saya cukup terharu bila beliau menjemput saya (sebenarnya memaksa saya) duduk di tempat duduknya. Turut bersama murid-muridnya yang saya lihat merupakan gabungan warga Asia Tenggara, Asia dan Afrika itu ialah Imam Dua Masjid Al-Azhar. Tak lama setelah bersama-sama membaca aurad dan selawat, hadirin dihidang dengan jamuan nasi Arab yang menyelerakan.



 

 

 

Sebelum pulang, saya mengambil beberapa keping gambar bersama Syeikh Asyraf dan murid-muridnya yang saya lihat cukup patuh. Jazakumullah Kahiran Kathira...

Tiada ulasan: