Salam rindu dari kejauhan...
Tanggal 12hb November 2009, Khamis saya diminta En.Helmi SU Sulit Kanan MB ke pejabatnya untuk menyelesaikan urusan berkaitan sumbangan lembu sempena Hari Raya Korban dari pejabat YAB MB. Sekitar jam 10 pagi, saya dan Fairuz ke Pejabat YAB Dato Seri MB bertemu En.Helmi.
Di bilik En Helmi
Ucapan terima kasih dan menerima amanat akhir
Salah satu gambar pemandangan yang cantik di Wisma Darul Aman
Saya telah diserahkan wang tunai sekitar RM10 ribu untuk nilai dua ekor lembu di Mesir. Sebenarnya, semasa bertemu YAB Dato' Seri MB kelmarin, saya dah maklumkan kepada beliau bahawa harga lembu makin mahal di Mesir berdasarkan laporan yang diterima dari "orang lama Kedah di Mesir" iaitu Pak Tam Syaari. Setelah membuat perakuan terima di hadapan En. Helmi dan disaksikan pembantu tadbir saya, Fairuz, saya dibawa masuk sekali lagi bertemu YAB Dato' Seri MB bagi tujuan mengucapkan penghargaan terima kasih dan menerima amanat akhir beliau untuk pelajar Kedah di Mesir khasnya dan di Timur Tengah (Jordan, Syria) amnya.
Keluar dari Wisma Darul Aman, saya dan Fairuz berkejar ke Money Changer untuk menukar ringgit Malaysia ke Dolar Amerika sebelum terus ke Majlis Agama Islam Kedah. Saya sempat bertemu Setiausaha Baitul Mal dan beberapa rakan lama di MAIK sebelum naik ke tingkat atas untuk kunjungan hormat kepada YDP MAIK SS Dato' Syeikh Uzir bin Baharom. Saya harap SS Dato' dapat pertimbangkan bantuan yang dipohon...
Tuan Syeikh Fakhrulrazi Yob - Setiausaha Baitul Mal MAIK
Bersama SS Dato' Syeikh Uzir Baharom YDP MAIK dan sdr. Fairuz
Di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah, saya membuat kunjungan hormat bertemu Ybhg. Dato' Pengarah Dato' Kharuddin bin Zain selain bertemu mesra dengan Pendaftar Sekolah-sekolah Agama JHEAIK Tuan Syeikh Ismi Anuar Abdul Halim dan rakan-rakan lama di Bahagian Pendidikan JHEAIK.
Bersama Ybhg.Dato' Pengarah JHEAIK
Di bilik Tuan Syeikh Ismi, Pendaftar Sekolah Agama JHEAIK
Kenangan bersama rakan-rakan lama di Bahagian Pendidikan JHEAIK
Petang terakhir di YINK
Petang itu, sebelum keluar ofis, saya minum petang dengan Tn Hj. Zuhdi di biliknya sambil mendengar arahan dan pesanan-pesanan akhir beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan