Tanggal 17hb November 2009, saya dan isteri sekali lagi ke Sekolah Alsun. Cuma kali ini....saya ke sana kerana menguruskan pertukaran puteri saya Iman yang nampak tidak serasi dengan kawan-kawannya di KG1 Lughat. Di KG1 Lughat, Iman sebenarnya banyak menerima pendedahan dalam Bahasa Inggeris. Walaupun bayaran masuk ke kelas ini lebih mahal, tetapi ramai waris yang memilih menghantar anak mereka ke situ. Sayangnya, Iman
"tenggelam" di tengah ramai kawan-kawannya di kelas itu. Oleh kerana Iman nampak "
menderita" di situ, setelah berbincang dengan pengurusan sekolah, akhirnya saya setuju Iman berpindah ke kelas KG1 Arabi..
Iman bersama Abdul Rahman, Ahmad dan Mustafa
Hari pertama Iman ditemani Mama...
Hari pertama di KG 1 'Arabi
Masuk ke kelas KG1 Arabi, Iman disambut oleh Miss Iman cikgu tadika kelasnya yang kebetulan sama nama dengan anak gadis kecil saya itu. Di kelas baru ini, hanya ada beberapa orang pelajar..tak sampai pun 10 orang! Iman, saya nampak lebih selesa diberi perhatian lebih oleh cikgunya dan dilayan mesra oleh kawan-kawan barunya. Dia tidak menangis lagi di luar kelas seperti dulu...Moga Allah SWT buka hijab hikmahNYA untuk puteri kecil saya ini...Aameen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan