Sabtu, 14 November 2009

MALAM AKHIR BERSAMA AYAHANDA..

Salam rindu dari kejauhan...

Tanggal 13hb November 2009, tinggal berbaki semalam cuma untuk saya lalui di tanah air sebelum berangkat kembali ke Mesir. Awal-awal lagi saya dah bersetuju dengan Mama untuk balik dan tidur di kampung bersama Ayah. Lalu, di celah-celah rindu pada anak isteri di Lembah Nil yang makin marak menyala, saya memandu pulang ke kampung bersama Mama tercinta.


Ayah Ibu yang selamanya tak akanku terbalas jasa mereka!!

Malam itu, saya puas berbual panjang dengan Ayah dan Mama....hanya bertiga.! Maklumlah pada usia emas Ayah yang dah mencapai hampir 85 tahun dan juga Mama yg dah hampir mencecah 70 tahun, tentu saja banyak perkara yang berlegar-legar di kotak pemikiran saya...Entah bila pula saya akan dapat terbang kembali bertemu Ayah dan Mama tercinta.


 Bangga jadi anak Ayah!!


 
 Pelukan akhir seorang Ayah..


 
 Mengucup dahi Ayah yang lagi Guruku..

Pagi Sabtu, sebelum balik bersiap-siap di rumah saya sendiri di Alor Setar, saya wida' dengan Ayah, Mama, Ummi dan keluarga di kampung, memohon ampun maaf, memperbaharui wasiat dan pesan...Bila saya memeluk ayah buat terakhir kalinya, Ayah saya yang nampak makin kecil tubuhnya berbanding dulu itu...bergenang air matanya! Nampak benar-benar pasrah pada pertemuan dan perpisahan yang segalanya ditentukan Allah..


Mencium tangan yang membesarkan diri ini dari sebesar tapak tangan...

 
 Mengucup dahi Mama kandungku..


 
 Mengucup dahi Ummi - isteri kedua Ayah


 
Bersama anak sulung Ummi - adik Norsyafinah
Moga kita dapat jumpa lagi !!

3 ulasan:

Ust Halim Nasir berkata...

Moga dipanjangkan usia ayah dan bonda. Dapat bertemu lagi di waktu yg ditentukan ALLAH SWT.....

Syeikh Yusoff Haji Ahmad berkata...

Aameen ya Rabbal 'Alameen....ana cukup rasa bertuah kerana dapat bahagian doa khusus dari tuan guru macam anta....Jazakumullah sahabat!!

PRO ISLAM berkata...

InsyaALLAH semoga ustaz dapat bertemu lagi dengan ibu/ayah dimasa2 akan datang. Tanpa mereka berdua siapalah kita.