Ahad, 8 November 2009

NGADAP AYAHANDA

Salam rindu dari kejauhan...

Sebaik tiba dari Kaherah saya terus dibawa ke rumah kakak sulung saya di sebuah taman perumahan berdekatan Stadium Darul Aman. Sampai di rumah kakak sekitar jam 11 malam, saya dihidangkan nasi lewat malam yang menyelerakan. Apalagi bila saya dapat makan bersama bonda dan kakak sekeluarga.

Alhamdulillah dan terima kasih banyak kepada pihak YINK kerana telah memberikan saya pelepasan sehari untuk berehat dan menyesuaikan diri dengan faktor waktu yang berbeza 6 jam lebih awal dari Mesir.


Bersama Chon di hadapan kedainya...

Selepas bergunting di Kedai Gunting Husin Salleh di Kompleks Kanchut, saya bergegas ke Bangunan Plaza Alor Setar berjumpa kawan lama saya Mohd Faisall yang juga dikenali dengan panggilan Chon. Beliau adalah pemilik FS One Communication sebuah kedai telekomunikasi milik bumiputera di bangunan yang makmur dengan deretan kedai Cina itu. Seperti biasa, saya selalu mendapat harga telefon lebih murah di kedainya. Saya membeli sebuah telefon tangan yang boleh menggunakan dua kad sim untuk saya gunakan semasa di Mesir nanti kerana di sana, saya memang menggunakan dua talian, satu Ittasalat dan satu lagi Vodafone.

Petang itu, kak Fatimah dan anak-anaknya sampai dari rumahnya di Lunas, Kulim. Abang ipar saya pula seorang pegawai kanan bomba baru saja ditukarkan ke Johor Baharu. Petang itu, saya  balik ngadap ayah di kampung beramai-ramai dengan dua buah kereta. Sampai di simpang depan jalan besar masuk ke kampung saya, saya disambut dengan banjir yang airnya baru mula naik....Terkejut melihat kaki ayah berbalut. Rupanya ayah digigit empat ekor lintah sekaligus. Kesian ayah......Memang menjadi kelaziman, bila "air bah" mula naik, air awal yang sampai akan membawa banyak lintah.


 Air keruh membawa lintah



Kaki ayah berbalut...sedihhh..


Besarnya lintah..
Alhamdulillah kerana Allah izinkan saya untuk berada di sisi ayah waktu diperlukan. Malam itu, saya bersama adik Hasbullah dan adik Asim serta anak-anak saudara memindahkan beberapa peralatan elektrik dan perabut seperti peti ais, dapur gas dan kerusi meja ke tempat yang selamat.


 Yang boleh rosak mesti dipindah..



 Peti sejuk sebelum diangkat ke atas..



 Meriah di tengah 'air bah'
Setelah minum malam bersama ayah, mama, ummi, kak Hamidah, kak Fatimah, adik Hasbullah, adik Nursyafinah, adik Asim, adik Nasirah dan anak-anak saudara yang lain, saya bertolak balik ke rumah kak Hamidah untuk bermalam di sana kerana saya akan melaporkan diri di YINK besoknya.

3 ulasan:

Ust Halim Nasir berkata...

Salam Syeikh. Syukur krn masih ada wajah ayah yg boleh ditatap. Ayah ana dah meninggal 18 tahun dulu..... Hanya potret menjadi kenangan. Allahumma, ighfirlahu warhamhu.........

Ust Halim Nasir berkata...

Terlupa nak tanya, Syam tingal di mana?

Syeikh Yusoff Haji Ahmad berkata...

Salam sahabat...Yang pasti, ana penuh yakin ayahanda anta sedang menikmati hasil lumayan dari amal Islami zuriat-zuriatnya yang Soleh..Bertuahnya dia! Bahagialah dia di sana....Allahumma 'afihi wa'fu 'anhu...

Syamsul tinggal di Guar Kepayang, Pendang