Sabtu, 6 Jun 2009

HARI TERAKHIR BERSAMA KELUARGA

Salam rindu dari kejauhan


Ketika catatan ini saya tulis, saya sedang menanti penerbangan seterusnya ke Kaherah. Saya bersama penumpang-penumpang yang menaiki penerbangan Silk Air dari Pulau Pinang jam 5.30 petang tadi akan meneruskan perjalanan dengan menaiki pesawat Singapore Airline ke Kaherah sebentar lagi.




Semalam saya menghabiskan masa bersama seluruh ahli keluarga saya di kampung. Hampir kesemua hadir kecuali beberapa orang adik saya. paling bermakna kerana saya dapat tunjukkan pada ayah dan semua bagaimana "online" melalui skype dengan menantu dan cucu-cucu di Kaherah. Nampak jelas sekali kepuasan di wajah ayah saya bila dapat berbual secara live dengan cucu-cucu yang dirinduinya. Menitis air mata mama saya bila melihat kesan kecederaan yang berbekas pada anakanda Ahmad.



Kehadiran kakak-kakak saya, kakak Hamidah dan kakak Fatimah dengan keluarga masing-masing amat bermakna. Begitu juga kehadiran adik-adik saya dari cabang Ummi saya (isteri kedua ayah) sangat bererti. Terima kasih buat semua....Moga Allah merahmati kita menambah kasih sayang antara kitta semua selamanya....Aaamen.

Tiada ulasan: