Rabu, 17 Jun 2009

KE JORDAN DAN SYRIA 16 - 23 JUN 2009


Ketika saya mula mengetuk papan kekunci laptop ini, sepatutnya saya bersama Ustaz Zakaria Osman (Mantan Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir), orang kuat Al-MuttaqinTv Us. Aidil Azwal dan YDP Majlis Kebajikan Keluarga Kedah Us. Abu Bakar sudah lama berada dalam penerbangan 0701 Egyptair ke Amman, Jordan. Jam di ruang menunggu sejurus menaiki bas ke kapal terbang sudah hampir ke pukul 7 petang waktu Mesir, manakala jadual asal penerbangan jam 6.05 telah lama berlalu.


Makan tengah hari di Restoran Sakhara sebelum berangkat

Bergambar sebelum berlepas


Awal pagi tadi, saya menjemput Us.Zakaria di terminal yang sama iaitu Terminal 3 Lapanganterbang Antarabangsa Mesir yang baru siap dan digunakan. Barangkali kerana ianya baru, maka pengurusannya agak kelam kabut waktu kami masuk tadi. Teringat zaman saya ditolak dari satu meja ke meja lain waktu berurusan masa belajar A-Azhar sewaktu-waktu dulu…..Rupanya, sikap mereka masih tidak banyak berubah. Kami ditolak dari satu kaunter ke kauter lain…Menerima arahan berbeza dari dua pegawai bertugas di tempat yang sama….Pada pandangan saya, mereka masih jauh dari sistem pengurusan yang berkesan dan mesra pelanggan!


Hanya gurun yang sepi tak berpenghuni


Waktu saya menyambung tulisan ini, saya baru saja berlepas sekitar jam 7.30 pm watu Mesir dan dijangka sampai jam 8.30 pm waktu Jordan. Saya memilih bertukar tempat duduk di belakang kapal terbang yang hanya padat di bahagian hadapan dan lengang sekali di bahagian belakang. Dari atas, saya melihat kawasan gurun yang luas tidak berpenghuni….Melihat matahari mula terbenam di ufuk barat dari udara, terserlah kebesaran dan keagungan Allah SWT. Terasa sungguh kerdilnya diri dalam burung besi yang bila-bila masa kalau dikehendaki Yang Maha Kuasa terjunam ke bumi. Hanya Allah SWT yang menghidup dan mematikan! Tiada pergantungan yang sebenar melainkan DIA! First Class atau Economy Class sebenarnya sama sahaja! Wang sudah tidak membawa makna ketika ini……Dalam burung besi ini…..andai bencana (minta dijauhkan Allah SWT dan diselamatkan perjalanan) itu berlaku….Semuanya baik jutawan, hartawan, karyawan, ilmuan atau yang hidupnya cukup makan dan kebetulan di awan biru ini….Adatnya, semuanya bakal menemui Tuhan! Sebenarnya bagi mereka yang mahu berfikir, merenung dan mengambil iktibar, sewaktu-waktu berada dalam burung besi ini….tinggi di awan biru, menjadikan kita hampir sungguh dengan Allah SWT!, mengharapkan keselamatan dariNYA….

Mentari tenggelam di ufuk barat


Sebenarnya, saya menerima arahan bersedia ke Jordan dan Syria dari YINK ketika saya pulang mengejut baru-baru ini. Sebagai pegawai bertanggungjawab menjaga kebajikan pelajar Kedah di Mesir, Jordan dan juga Syria ia sebenarnya bukan suatu yang luar biasa. Cuma, inilah kali pertama saya ke sana sebagai pegawai yang dipertanggungjawabkan dalam perkara berkaitan. Saya sangat bersyukur kerana YINK menghantar bekas pegawai kebajikan sebelum saya iaitu Us. Zakaria sebagai urusetia! Bayangkan menguruskan rombongan kerajaan negeri ke dua negara dalam satu lawatan bukan suatu yang mudah. Bagi Us. Zakaria, beliau sudah lebih lima kali ke Jordan dan beberapa kali ke Syria. Maka pengalaman menjadikan beliau kaya dan bersedia!


Disambut En. Kamel Soleh di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen 'Alia Jordan

Setelah berbincang dengan Pengurus Besar YINK, saya membawa dua pelajar bersama dalam rombongan ke Jordan/Syria dari Mesir. Pemergian mereka dibiayai sepenuhnya dengan tujuan untuk merapatkan hubungan dan memindah pengalaman kepada pelajar samada di Jordan maupun di Syria. Semoga pengalaman yang ditimba dalam perjalanan ini akan menjadikan saya lebih kaya dan bersedia memikul tanggungjawab yang lebih besar pada masa yang akan datang. Semoga kedua-dua pelajar yang saya bawa bersama dari Lembah Nil ini akan bertambah yakin dalam kepimpinan dan bertambah cemerlang dalam melaksanakan amanah yang digalas, baik sebagai pelajar yang akan lebih hebat dalam pelajaran maupun sebagai pemimpin dalam organisasi yang akan lebih kreatif dan berketerampilan.

Tiada ulasan: