Salam rindu dari kejauhan...
Malam tadi bertempat di Dewan Attasamuh Wal Ikha' Asrama Darul Aman 3 di Haiyyu Sabiek, berlangsung satu majlis ceramah berkaitan "Peluang Menyambung Pelajaran di Peringkat MA dan PHD di Kolej Universiti Insaniah". Program anjuran Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir dengan kerjasama Majlis Kebajikan Kebajikan Keluarga Kedah itu melibatkan pelajar-pelajar khususnya tahun tiga dan empat dari seluruh negara. Barangkali kerana zuruf imtihan yang masih belum berakhir dan kebetulan pelajar tahun 3 dan 4 pula terpaksa menghadapi peperiksaan keesokannya, program ini hanya berjaya disempurnakan dengan sambutan kehadiran yang sederhana.
Dekan Fakulti Bahasa Arab KUIN Prof. Madya Dr. Mohd Bakhir telah dihantar pihak KUIN bagi menjelaskan perkara berkaitan. Satu sesi soal jawab telah diadakan sebaik selesai Prof Madya Dr. menyampaikan ceramahnya. Banyak panduan dan nasihat-nasihat berguna yang diberikan membangkitkan semangat pelajar-pelajar agar mempunyai cita-cita menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi apabila berjaya di tahun akhir nanti. Ucapan dalam Bahasa Arab diselang selikan dengan penjelasan dalam Bahasa Melayu berjaya menjelaskan lagi perkara berkaitan.
Kehadiran beberapa orang pensyarah Al-Azhar dan KUIN yang kebetulan pulang bercuti dari kalangan warga Mesir menjadikan program ini lebih bermakna. Ada yang datang sejauh Bani Suef iaitu kurang lebih 150 km semata-mata untuk bersama dalam majlis tersebut. Turut berada dalam majlis itu Alfadhil Ustaz Aqli Ahmad pensyarah Kuliah Syariah KUIN yang hadir atas urusan pendaftaran PHD beliau di Al-Azhar. Berbanding Prof. Madya Dr. Mohd. Bakhir yang sudah hampir dua puluh tahun di menara gading, terasa kerdilnya diri ini bila terpaksa menyampaikan ucapan dalam B.Arab di hadapan beliau serta para Masyayikh dan Dakatirah dari Universiti Al-Azhar maupun dari KUIN!
Semoga program yang dilaksanakan berjaya menjelaskan peluang yang terhidang kepada anak-anak bangsa di Lembah Nil ini. Rebutlah peluang sementara ianya masih ada! Itulah antara perkara yang disebut oleh Prof Madya Dr. Mohd Bakhir yang patut direnung bersama.....الفرصة لن تتكرر

Tiada ulasan:
Catat Ulasan