Hari ini semua ahli rombongan bersiap awal pagi untuk berangkat awal ke Syria. Jam 6.30 am lagi semua bagasi yang besar sudah diletakkan di depan pintu bilik masing-masing. Selepas sarapan pagi di hotel dan check out, kami bertolak ke sempadan Jordan untuk memasuki Syria dengan bas yang sama. Kami bertolak pada jam 7.20 am dan sampai ke sempadan Jordan sekitar jam 8.45 am.
Pintu sempadan Jordan - Syria
Lekatkan stem pada setiap pasport
Pasport yang dilekat stem mesti dicop
Bersama Dato' Seraja Setia, SS Dato' Syeikh uzir, Dato' Wan Mustafa, Aidil Azwal dan Abu Bakar
Urusan imegresen di pintu sempadan Jordan hanya mengambil masa 45 minit. Sementara menanti urusan visa selesai, ada di kalangan peserta rombongan yang mengambil kesempatan menukar wang dinar Jordan ke Lira Syria di Money Changer yang memang ditempatkan berdekatan sempadan jordan Syria di sebelah Jordan.Berbanding ketika di sempadan Jordan, ahli rombongan terpaksa menunggu lebih sejam untuk melepasi sempadan Syria. Mujurlah ketika menanti proses mendapatkan visa, ahli rombongan dapat berlegar di kawasan free duty untuk sekurang-kurangnya window shopping.
Chek point sempadan Syria
Bergambar bersama Tn. Hj. Zuhdi sekeluarga di hadapan pusat membeli belah duty free sebelum masuk ke Syria
Sebaik melepasi sempadan Jordan Syria, pemandangan berubah hampir seratus peratus dari susana Jordan. Syria nyata sebuah negara yang cukup subur. Ketika bas meluncur laju ke lokasi ziarah di Busro, saya melihat di kiri kanan jalan ladang-ladang tanaman yang subur. Dari ladang zaitun, tembikai, anggur hinggalah ke ladang gandum sejauh mata memandang.
Ladang zaitun dan ladang gandum sejauh mata memandang
Ladang zaitun yang cukup subur
Busro terletak lebih kurang 60 km dari sempadan Syria di mana di kawasan ini terletak kawasan kubu lama yang menempatkan beberapa tinggalan sejarah yang bermula sejak zaman sebelum masihi, zaman trojan, bayzantine, Kristian sehinggalah ke zaman Islam. Kami dibawa melihat sebuah empangan yang dibina pada zaman kerajaan Osmaniah Turki di mana Busro menjadi tempat tumpuan persinggahan para jemaah haji yang datang dari Lubanan, Syria dan Palastin yang dalam perjalanan ke Makkah.
Penjual cenderamata di kaki lima bangunan lama di Busro
Bergambar depan Empangan
Empangan masih lagi baik
Puas berjalan kaki di kota lama Busro
Kota sebelum kedatangan Islam
Bergambar ramai kenangan depan satu binaan yang dibina sebelum Islam
Sejarah yang tak boleh diubah...Islam datang bawa sinar..HIDAYAH!
Kami juga dibawa melihat biara pendita Nasrani yang dikisahkan dalam sejarah bernama Bahira yang menasihati Abu Tholib supaya menjaga nabi kerana beliau telah melihat tanda-tanda kenabian pada Nabi Muhammad SAW.
Depan Biara pendita Nasrani
Bersama sebahagian pelajar perubatan Malaysia Universiti di Jordan yang datang bercuti ke Syria
Ahli rombongan juga dibawa melihat sebuah masjid yang dikenali dengan Masjid al-Omari dimana ia berasal dari sebuah gereja Bayzantine sebelum ditukar menjadi masjid pada zaman pemerintahan Sayyidina Omar al-Khattab RA. Selepas makan tengah hari di Restoran Trojan di kawasan yang sama, kami dibawa melihat Masjid Mabrak an-Naqah yang dikatakan menempatkan tapak kaki unta Nabi SAW. Dalam bangunan masjid yang sama kami dibawa melawat tempat belajar Imam Ibnu Kathir, pengarang kitab Tafsir Ibnu Kathir yang terkenal. Beliau dilahirkan 5 km dari masjid tersebut.
Masjid Mabrak an-Naqah
Dikatakan ini tapak kaki unta yang bawa nabi...Wallahuaklam
1.45 petang, semua yang kelihatan cukup letih kerana banyak berjalan kaki di Busro menarik nafas lega kerana dapat kembali melepaskan lelah di atas bas. Hampir semua terlelap keletihan sehingga sampai ke Damsyik hampi 2 jam kemudian.
Letih sebab banyak berjalan, banyak berjalan banyak pengalaman!
Hotel penginapan di Syria...Arjaan
2. Majlis Ramah Mesra Dengan Pelajar Kedah Syria
Ahli Rombongan keluar dari hotel penginapan sekitar jam 6 petangsebelum dibawa makan malam di sebuah restoran di tengah pusat Bandar Damsyik. Setelah menikmati jamuan makan malam yang menyelerakan , ahli rombongan terus dibawa ke sebuah rumah yang disewa pihak kedutaan iaitu tempat berpusatnya Persatuan Pelajar Malaysia Syria.
Makan malam
Oleh kerana pelajar-pelajar Kedah di Syria tinggal berserakan di sekitar kota Damsyik dan ada yang tinggal jauh, maka majlis terpaksa dimulakan agak lewat sekitar jam 9.05 pm walaupun pada awalnya dijangka bermula jam 8.30 pm.
Memulakan majlis Yang Dipertua Kebajikan Keluarga Kedah Di Syria saudaraMohd Zahir Abd. Halim menyampaikan ucapan aluan yang mengalu-alukan kedatangan deligasi Kerajaan Negeri Kedah dan mengharapkan selain bertambah kukuhnya ikatan persaudaraan diharapkan bantuan kepada anak-anak Kedah di Syria dapat ditingkatkan.
Turut kelihatan Dato' SS YDP MAIK, Tuan Pengurus Besar YINK dan Ketua Urusetia
Ucaptama dri YB. Dato’ Hj. Mohd. Taulan exco Agama, Pelajaran dan Koperasi yang mengetuai deligasi lawatan . Beliau menyatakan pengharapan dari pihak kerajaan supaya pelajar-pelajar di Syria mengambil kesempatan kewujudan di sini agar belajar bersungguh-sungguh di samping menjaga akhlak dan peri laku sewaktu berada di sini. Beliau memaklumkan perhatian pihak kerajaan untuk membantu para pelajar yang sedang berada di Timur Tengah termasuk Syria.
Antara pelajar lelaki yang hadir
Tuan Pengurus Besar YINK pula menjelaskantentang komitmen Kerajaan Negeri yang telah menyerahkan sepenuhnya urusan pelajar Kedah di Timur Tengah kepada pihak YINK dan sehubungan itu seorang pegawai kebajikan pelajar telah diamanahkan untuk melihat kebajikan pelajar di Timur Tengah iaitu Mesir, Jordan dan Syria serta kemungkinan dalam masa yang tidak lama lagi ke Morocco.
Dalam perkembangan lain, menjawab satu soalan Setiausaha Jabatan zakat Negeri Dato’ Syeikh Ghazali menjelaskan bantuan hanya diberi kepada pelajar yang berada di universiti ke atas. Walaubagaimanapun pihak persatuan pelajar boleh mengemukakan satu kertas rayuan dan beliau berjanji akan mencadangkan kepada ahli jawtan kuasa zakat negeri berkaitan perkara berkaitan setelah dilihat dan dibuat penilaian oleh PKPK Mesir.Begitu juga masalah pelajar dirasah ‘ulya di al-Azhar yang memohon bantuan zakat dari segi kelayakan sama ada menerima bantuan atau tidak.
Majlis diakhiri dengan penyampaian bantuan pihak YINK kepada Kebajikan Keluarga Anak Kedah di Syiria dan jamuan makan malam kepada semua yang hadir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan