Salam rindu dari kejauhan...
1. Ziarah ke Kota Petra
Ketika saya mula menulis, saya dan ahli rombongan baru sahaja meninggalkan hentian R&R Al- Sultani di sebuah kampong di tengah-tengah perjalanan antara Amman dan Kota Petra yang menjadi lokasi ziarah pada hari ini. Kampung dikenali As-Sultani ini agak kering, namun restorannya lengkap dengan dengan kemudahan tandas yang bersih selain juga menyediakan bazar untuk kemudahan pelancong yang singgah membeli belah selain makanan dan minuman. Namun harga cenderamata yang diijual adalah lebih tinggi dari biasa.
Ketika saya mula menulis, saya dan ahli rombongan baru sahaja meninggalkan hentian R&R Al- Sultani di sebuah kampong di tengah-tengah perjalanan antara Amman dan Kota Petra yang menjadi lokasi ziarah pada hari ini. Kampung dikenali As-Sultani ini agak kering, namun restorannya lengkap dengan dengan kemudahan tandas yang bersih selain juga menyediakan bazar untuk kemudahan pelancong yang singgah membeli belah selain makanan dan minuman. Namun harga cenderamata yang diijual adalah lebih tinggi dari biasa.
Awal pagi hari ini, semua ahli rombongan bersarapan lebih awal dan bertolak menuju Kota Petra pada jam 7.15 pagi. Seperti biasa, kami menaiki bas yang akan melalui lebuh raya sejauh 260 km sehingga sampai ke Wadi Musa. Saya dimaklumkan bahawa sebahagian ahli rombongan akan menaiki kereta kuda dan bakinya akan menunggang kuda dan kemudian pula berjalan kaki ke Kota Petra tempat bersejarah yang menjadi lokasi ziarah hari ini sejauh kira-kira 2km .Lebuh raya di Jordan tiadak dikenakan sebarang bayaran atau Tol seperti di negara kita. Bahkan lebuh raya kami lalui hari ini sebenarnya adalah lebuh raya yang sama menuju Saudi Arabia dan Yaman. Perjalanan ke Kota Petra dari Amman akan mengambil masa sekitar tiga jam setengah..
Ketika saya menyambong tulisan ini, bas dah lama meluncur meninggalkan hentian R&R As-Sultani menuju Amman. Jam di tangan menunjukkan 5.05 petang. Kami telah mengharungi lebih dari separuh perjalanan. Mungkin sekitar 30 ke 40 minit lagi kami akan sampai ke destinasi…Hotel Geneva tempat persinggahan sementara di Jordan ini. Malam nanti ada majlis rasmi yang melibatkan Kedutaan dan MSD Jordan serta para pelajar Kedah yang menuntut di universiti di Jordan ini. Perjumpaan akan diadakan di Bangunan MSD Jordan.
M enyentuh tentang Kota Petra…Setelah melalui perjalanan hampir tiga jam merentasi padang pasir dan gurun berbukit dan berliku khususnya setelah melalui sebuah pekan yang agak besar dikenali Syubak. Pekan ini mempunyai sekitar 13.000 penduduk merupakan sebuah kawasan yang subur. Kami singgah di sini membeli buah seperti pisang, ceri dan apricot. Setelah melalui pendakian di jalan berliku dengan pemandangan lading Zaitun di lereng bukit yang cukup cantik, kami sampai di sebuah lagi pekan yang lebih pesat dengan deretan kedai cenderamata dan restoran. Pekan ini dikenali Wadi Musa yang terletak di satu lembah. Sebuah pekan pelancongan yang pesat dengan hamper 50 hotel berserakan di pekan ini. Rumah penduduknya di lereng bukit dengan pemandangan yang sangat berbeza dari tempat-tempat lain. Bukit-bukit batunya mengingatkan saya kepada Bukit Musa di Wadi Muqaddas di Semenanjung Sinai Mesir.
Setelah berhenti di tempat letak bas yang memang penuh dengan bas-bas pelancong, ‘ammu ‘aatif segera membeli tiket masuk. Seorang JD21 iaitu bersamaan sekitar RM100. Saya dan beberapa rakan muda yang lain memilih menunggang kuda manakala yang lain menaiki kereta kuda untuk ke Petra. Pengalaman memnunggang kuda sewaktu belajar di Mesir ketika pelajar-pelajar zaman itu menyewa dan menunggang kuda sekitar Piramid Mesir cukup membantu. Sayangnya sekarang kemudahan seperti itu di Piramid ,sudah tinggal kenangan. Setelah menunggang kuda sejauh 800 meter kami terpaksa berjalan kaki lebih kurang 1200 meter untuk sampai ke Petra. Kami melalui jalaan antar dua cerun yang hampi berkembar. Sangat mengkagumkan kerana ia kelihatan seperti satu jalan yang dibuat oleh manusia zaman itu. Ia punya laluan air yang di pahat di sepanjang kaki bukit ke Kota Petra.
Yang pasti, Kota Petra adalah satu lagi bahan bukti sejarah yang membenarkan Al-Quran…kisah Al-Quran tentang kaum yang mempunyai kehebatan memahat gunung untuk dijadikan kediaman. Dengan seni bina yang unik dan luar biasa pada waktu ketiadaan teknologi moden seperti kita pada zaman ini…..masing-masing menggelengkan kepala bagai tidak percaya apa yang disaksikan di hadapan mata!
Subhanallah!!!! Ma Khalaqta haza baathilaa….Subhaanaka fa qina ‘azaban naar..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan