Hari bersejarah itu datang lagi...
2 Jun tarikh keramat
dalam hati.....terpahat ingatan
kekal di sanubari...
Hari itulah 16 tahun dahulu
yang masih kuterasa bagai semalam berlalu...
Aku dan Dia disatukan dengan Ijab dan Qabul!
Namun...
Siapa kita di hadapan kehendaknya...
Sewaktu-waktu kita begitu teruja
menanti tibanya detik itu
untuk kita bertentang mata...
meluah bicara..
menganyam cinta
suci!...seikhlasnya...!
keranaNYA!
DIA tentukan ....
impian menggapai 2hb bersama
seperti saban tahun melaluinya....
buat kali pertama di bumi Anbiya
Lembah Nil...seisi keluarga
Tidak kesampaian..
berderailah si air mata...
terbungkam kesedihan tidak terhingga.!
Namun...
Kita pasti mengerti
dan memang kita dah lama mengerti..
Aduhai isteri...
Siapalah kita di hadapan kehendakNYA?
Moga...
pada sebuah pengorbanan..
rasa redha yang kita titipkan
pada doa yang tidak jemu diungkapkan
akan hanya natijahnya..
Allah kurniakan kasih cinta
sayang rindu yang tiada titiknya
sampai bila-bila...
tak lekang dek panas
tak basah dek hujan!
Kecuali...
Kalau dirimu yang sanggup membunuhnya!
Barulah...Aku rela mengkafankan persetiaan ini...
Lalu...
Menguburnya bersama seorang AKU!!
catatan pengembara.....
Hentian R&R Tapah Lebuhraya Utara Selatan
1.30 pagi waktu Malaysia
Sempena hari ulangtahunperkahwinan ke 16 - 2 Jun 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan