Sabtu, 6 Jun 2009

KE PUTRAJAYA DAN KEDUTAAN MESIR

Pagi Rabu, saya dihubungi En. Zamri Hasim Penolong Pengurus Besar YINK (Pentadbiran) memaklumkan berkenaan Pasport Rasmi saya yang bermasalah di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya. Walaupun sebelum keberangkatan saya ke Mesir tempoh hari saya telah diberitahu pegawai bertugas di Kementerian Luar bahawa pasport itu akan saya terima di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah yang akan dikirim melalui Beg Diplomatik, rupanya penantian berminggu itu berakhir dengan saya diarahkan segera ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya untuk menyerahkan Pasport Awam saya sebagi syarat untuk menerima Pasport Rasmi. Masalah komunikasi dan prosedur tidak jelas menjadi punca salah faham antara pegawai di Kementerian Luar dan Imegresen. Akibatnya saya jadi mangsa....Yang pasti, kepulangan mengejut saya ke tanah air tersimpan hikmah yang cukup bermakna!

Bersama En.Zainal dan En.Zamri

Menerima Pasport Rasmi

Saya bertolak ke Putrajaya dengan kereta En. Zamri satu-satunya pegawai YINK yang tinggal kerana pegawai lain sedang berada di Pahang kerana menghadiri sukan antara Yayasan Islam seluruh Malaysia. Jam lapan pagi Khamis kami sudah terpacak di depan pintu Ibu Pejabat Imigeresen di Putrajaya. Alhamdulillah saya mendapat bantuan yang cukup pantas dari pegawai Imigresen yang begitu memahami keadaan saya yang dihambat waktu kerana terpaksa berkejar ke Kementerian Luar untuk mendapatkan surat sokongan yang akan dibawa ke Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur bagi tujuan permohonan visa baru. Terima kasih banyak kepada encik Zainal dan kakitangan Ibu Pejabat Imegresen Putrajaya yang begitu prihatin, mesra dan dedikasi sehingga masalah saya dapat diselesaikan dalam masa setengah jam.


Keluar dari Kementerian Luar Negara

Kedutaan Republik Arab Mesir

Saya bergegas ke Kementerian Luar dan menyerahkan Pasport Rasmi saya kepada pegawai yang sedia menanti. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya sehinggalah saya sempat pada hari sama memohon visa baru di kaunter Kedutaan Besar Mesir di Kuala Lumpur. setelah menjelaskan masalah saya kepada kakitangan kedutaan, saya bersyukur kerana mendapat bantuan beliau dan dengan izin Allah saya menerima visa baru setelah hanya menanti kurang lebih 20 minit sahaja. Jangkaan bahawa saya terpaksa bermalam di Kuala Lumpur dan hanya akan pulang pada hari Jumaat setelah menerima pasport yang siap diproses yang lazimnya mengambil masa nampaknya meleset....Syukur Alhamdulillah, banyak perkara dapat saya selesaikan pada hari Jumaat di Alor Setar sebelum berangkat kembali ke Kaherah pada hari Sabtu.

Tiada ulasan: