Rabu, 7 Julai 2010

BARAKALLAH YA PAK TAM!!!

Mubarak ya Pak Tam !!! Barakallah alal mualid aljadid...

Pak Tam Syaari, nama yg tak perlu diperkenalkan lagi di sini. Hampir semua mengenali Pak Tam termasuk di kalangan bukan warganegara Malaysia yang menetap sementara di sini. Sempena kelahiran cahayamata Pak Tam yang ke 8 satu majlis kenduri aqiqah telah diadakan di Asrama Darul Aman 3 dengan dihadiri sekitar 400 orang jemputan.

Semua perbelanjaan kenduri dibiayai oleh Pak Tam dengan urusan masak memasak diketuai Us Che Li dengan dibantu Us Hadi, Us Wahab dan beberapa orang tukang masak  lain dari kalangan pelajar Kedah di sini yang bergabung, bergotong royong menyediakan masakan yang cukup menyelerakan berasaskan 2 ekor kambing yang dimasak dalca kambing, masak merah ayam, selain acar serta beberapa periuk besar nasi hujan panas yang istimewa.Turut dihidangkan bersama, buah-buahan seperti anggur hijau dan merah serta tembikai.








Majlis bermula sebaik selepas solat Maghrib dengan bacaan Quraan 30 juzuk, khatam Quraan serta majlis tahlil sebelum sama-sama solat Isya berjemaah. Jamuan makan untuk tetamu VIP diadakan di kediaman pegawai manakala nasi yang siap dihidangkan diagihkan seusai solat kepada lain-lain tetamu di kalangan kebanyakan anak-anak Kedah yang hadir beramai-ramai pada malam itu. Anatara tetamu VIP yang dijemput Pak Tam bertandang ke kediaman pegawai malam itu termasuklah Pegawai HEP Johor sekeluarga, Pegawai HEP Perak, pegawai Petronas, beberapa orang  pegawai JAKIM yang sedang mengikuti kurus di Darul IFta', Baba Adnan, Ustaz Man Syria di samping pimpinan MKKK dan lain-lain.







Kepada Pak Tam yang banyak membantu saya secara khususnya, dan semua anak-anak Kedah yang lain amnya, sekali lagi diucapkan Alfun Mubarak!!! Semoga terus sihat dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dari sisiNYA. Kepada Us.Che Li dan rakan-rakan lain yang bergotong royong membantu sehingga majlis ini berjaya dengan sempurna, Jazakumullah Khairan Kathiran....Barakallah Fikum Jami'an..


Tiada ulasan: