Isnin, 12 Julai 2010

TAK SALAH MENCUBA...

12hb Julai 2010, selepas solat Maghrib, saya dan oghang ghumah dijemput Pegawai HEP Pahang yang turut membawa oghang ghumahnya ke Pusat Bowling Antarabangsa Kaherah(IBC) . Sebenarnya, saya telah menerima email jemputan menghadiri perlawanan bowling untuk tujuan pemilihan mewakili Malaysia ke Pertandingan Bowling Antara Kedutaan Negara-Negara ASEAN yang akan berlangsung pada hari Sabtu akan datang.

Antara yang hadir mencuba nasib pada malam itu selain saya dan Us.Farid, termasuklah Kuasa Usaha Sementara En Shaiful Anuar dan isteri, En Shamsul KBMK, En Hazam JPA, En Wan Tarmizi MATRADE, En.Johari dan En Mahadi dari MPOB dan Us.Sabli Peg.Hep Sabah serta isteri. 



 
Oleh kerana IBC telah digunakan sepenuhnya untuk satu kejohanan peringkat antarabangsa, saya dan lain-lain terpaksa mencari venue yang lain. Akhirnya, buat kali pertama kebanyakan dari yang ikut serta pada malam itu kecuali Us Sabli dan oghang ghumahnya yang memang dikenali sifu dalam bowling di sini ,sampai di Markaz Bowling Darul Musyah.
Tanpa disangka, malam itu saya secara kebetulan dan tak sengaja memperolehi bilangan jatuhan pin terbanyak dan sekaligus melayakkan diri sebagai salah seorang pemain yang akan mewakili pasukan negara dalam pertandingan itu nanti. Turut terpilih Us Farid, Us Sabli, En. Wan Tarmizi, En.Shaiful Anuar dan zaujah Us.Sabli, Puan Che Norhayati.

Tiada ulasan: