Tanggal 1 Julai 2010, sekitar jam 9 malam saya mengadakan perjumpaan asrama melibatkan ketiga-tiga asrama di bawah kelolaan Pejabat HEP Kedah Timur Tengah di sini bertempat di Dewan At-Tasamuh Wal-Ikha', Asrama Darul Aman 3. Kecuali Fakulti Perubatan, semua fakulti pengajian lain telah selesai menduduki peperiksaan baru-baru ini. Turut bersama dalam perjumpaan yang dihadiri kebanyakan penghuni yang berpeluang menikmati kemudahan tinggal di asrama itu, Us. Zahran, Pemangku YDP MKKK.
Antara perkara penting yang saya sebut untuk perhatian dan tindakan semua penghuni termasuklah :-
- Kewajipan membayar yuran asrama yang agak banyak tertunggak. Walaupun memo telah dikeluarkan, surat susulan atas nama individu juga akan dihantar sebelum pertemuan 4 mata diatur sebagai langkah menyelesaikan masalah yuran tertunggak. Terdapat penghuni yang tidak menjelaskan yuran asrama sejak zaman Pegawai HEP sebelum ini , Ustaz Zakaria Osman lagi.
- Kewajipan mematuhi peraturan-peraturan asrama termasuklah memastikan "tangga kecemasan" tidak dihalang dengan apa-apa barang, kasut atau kotak maupun dicemari dengan sebarang kotoran.
- Menegaskan tentang zon larangan merokok di premis asrama termasuk di kafeteria dan bahagian belakangnya.
- Sama-sama bertanggungjawab mengimarahkan surau asrama dan menjayakan program yang diadakan.
- Memaklumkan tentang proses perpindahan dari "Rumah Transit" ke Asrama Darul Aman 2 di Haiyyu 'Asyir yang akan berlaku dalam tempoh terdekat.
- Memaklumkan tentang jangkaan sampainya "rombongan JKR" bagi tujuan "endose"-sah menduduki-Asrama Darul Aman 2 Haiyyu 'Asyir.
- Memberi ingatan tentang "isu-isu keselamatan" seperti keperluan mengelakkan diri terlibat dengan politik dalaman Mesir, IM dan lain-lain yang berkaitan. Saya juga menjelaskan tentang tangkapan pihak keselamatan Mesir terhadap seorang rakyat Malaysia En.Muhammad Zulkifli Zakaria mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri Mesir.
- Menjauhkan diri dari terlibat dalam forum siber yang membincangkan isu-isu sensitif yang boleh membahayakan keselamatan dan masa depan.
- Memaklumkan tarikh ketibaan rombongan lawatan kerja YAB Dato' Seri MB pada 8 Ogos - 11 Ogos ke Mesir serta membentangkan serba sedikit berkaitan agenda lawatan khususnya program Ramah Mesra bersama YAB MB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan