Sabtu, 10 Julai 2010

MA'ASSALAAAMAH .......KUMPULAN PERTAMA KUIN

Tanggal 9hb Julai 2010, kumpulan pertama pelajar-pelajar KUIN dengan 3 banat dan 5 banin akan bertolak pulang ke tanah air malam ini setelah menyelesaikan tempoh kursus Bahasa Arab dengan jayanya di Markaz Fajr dekat sini baru-baru ini.

Tengahari itu, oghang ghumah menyediakan makan tenghari untuk 19 banat yang sedang berteduh di Rumah Tamu Asrama Darul Aman 3 ini sambil dibantu oleh anak-anak KUIN sendiri. Paginya saya ke Souq Thamin membeli 3 ekor ayam dan sekilo udang dan sedikit buah-buahan selain ulam gergir untuk mereka. Seghonok melihat berseleranya masing-masing melayan gulai udang dan ayam masak kicap sehingga stok tambahan nasi terpaksa dimasak...




Saya menghubungi Amm 'Azim dan memintanya menghantar sebuah van selain kereta saya sendiri untuk mengangkut kumpulan yang berangkat pulang pada malam itu ke airport. Tersentuh hati saya melihat mereka saling berpelukan mengucapkan selamat jalan kepada rakan seperjuangan yang kelihatan berat melangkah pergi....Malam itu, saya dan oghang ghumah berkongsi kesedihan anak-anak KUIN di airport yang terpaksa merelakan sebuah perpisahan  yang menyakitkan meskipun sementara cuma.....










Buat anak-anak KUIN...Selamat meneruskan perjuangan....! Abah dan Mama doakan moga kalian akan lebih berjaya selepas ini....

Tiada ulasan: