Khamis, 15 Julai 2010

MESYUARAT LAWATAN KERJA YAB MB KALI KEDUA - 15 JULAI 2010

 
15 / 07 / 2010, Mesyuarat kali ke2 Lawatan Kerja YAb Dato' Seri MB ke Mesir telah diadakan di bilik TYT Duta Besar di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. Seperti biasa, mesyuarat dipengerusikan Kuasa Usaha Sementara KBMK En Shaiful Anuar dan ikut disertai En.Iskandar dan En. Syarbini. Saya hadir ke KBMK dengan bercermin mata hitam kerana tetiba sebiji bisul muncul dan membengkak di mata kiri saya.

Objektif mesyuarat diadakan adalah untuk menyelaras program lawatan YAB MB antara Pejabat YAB MB, Pejabat HEP Kedah Timur Tengah dan KBMK sendiri. Selain itu ia juga bertujuan untuk mendapat maklum balas secara langsung dari semua pihak demi melicinkan perjalanan lawatan itu kelak.

Sebagai pegawai bertanggungjawab dari pihak Kerajaan Negeri Kedah yang menjadi penghubung secara langsung dengan pihak kedutaan, saya telah memaklumkan semua maklumat yang telah disampaikan urusetia lawatan di Malaysia iaitu En.Helmi selaku Setiausaha Sulit Kanan Kepada YAB MB dan juga Tuan Syeikh Zainul Jamal selaku Pegawai Khas Agama Kepada YAB MB.

Setelah hampir dua jam berbincang, saya dan lain-lain makan tengahari di sebuah Cafe berdekatan kedutaan setelah mesyuarat kali pertama dulu sekadar minum secawan teh yang disediakan PA TYT Duta Besar. Alhamdulillah kerana hampir semua perkara besar telah diselesaikan.

Tiada ulasan: