Sabtu, 17 Julai 2010

PERJUMPAAN PENGHUNI 'ASYIR DAN GOTONG ROYONG

16hb Julai 2010, pagi Jumaat penuh berkat, sekitar jam 9 pagi saya dan hampir semua pimpinan MKKK hadir di Asrama Darul Aman 2 di Kompleks Haiyyu 'Asyir. Iklan awal telah dikeluarkan Pejabat Pegawai memaklumkan satu perjumpaan akan diadakan di Surau Asrama Darul Aman 2 dengan semua penghuni asrama dan semua diwajibkan hadir. Alhamdulillah kerana semua penghuni telah memberikan komitmen hadir walaupun saya terlebih dahulu berkunjung ke hampir semua bilik untuk "mengajak" semua penghuni yang kebanyakannya kembali semula ke katil setelah menunaikan solat Subuh jam 4.30 pagi di sini untuk berkumpul di surau.

Perjumpaan yang dipengerusikan Akhi Suhaib Arrumi selaku Exco Badan Perumahan MKKK dimulakan dengan sedikit ucapan aluan oleh Pemangku YDP Us Zahran sebelum kemudiannya saya bercakap panjang lebar. Setelah memberikan beberapa penjelasan dan seterusnya mengambil beberapa persetujuan bersama semua penghuni, program diteruskan dengan sarapan pagi yang disediakan ringkas oleh Pejabat Pegawai "roti disapu jem dan teh tarik". Semua kemudiannya, bersatu hati bergotong royong mengangkat kotak-kotak dan barang-barang yang sebahagian besarnya bukan lagi milik penghuni asrama, samada dimasukkan ke bilik masing-masing sekiranya barang milik penghuni atau dimasukkan ke stor sementara untuk barang milik bukan penghuni.


























Atas nama PPHEPKTT, Abah ucapkan jutaan terima kasih atas segala kerjasama dan komitmen semua penghuni serta kakitangan pejabat maupun barisan pimpinan MKKK dalam menjayakan usaha murni ini.  Alhamdulillah...Sukanya hati bila melihat yang masih bertimbun dan tidak tersusun kembali bersih dan mula kemas.....

Tiada ulasan: