Selasa, 27 Julai 2010

BAZAR SELERA JELAPANG & SUKAN MAHABBAH 2010

Tanggal 22, 24 dan 25 Julai 2010, PHEPKTT telah bersama-sama MKKK di bawah Badan Ekonomi dan Badan Sukan menganjurkan "Bazar Selera Jelapang" dan serentak dengan itu telah diadakan juga "Sukan Mahabbah 2010" bertempat di Kompleks Haiyyu 'Aasyir.

Sejumlah 14 gerai telah turut serta mengambil bahagian dalam menjual pelbagai jenis makanan seperti nasi berlauk, nasi ayam, char koey teow, chicken chop, apam balik dengan pelabagai variasi rasa seperti coklat, pisang n keju, mee kuah, bakso, laksa, laksam dan lain-lain. Gerai MKKK pula diserahkan monopoli jualan pelbagai jenis minuman termasuk yang paling mendapat sambutan paling hangat pengunjung adalah "air batu campur" atau ais kacang.




Sejak hari Khamis, saya berkampung di Hayyu 'Asyir bersama dengan MKKK menjayakan program yang meriah ini. Saya serta anak-anak, Muhammad, Mujahid  dan Ziyad juga telah turut serta dalam pertandingan ping pong individu dan juga beregu semata-mata untuk memeriahkan pertandingan yang diadakan. Cukup jelas, kurangnya di kalangan anak-anak Kedah mereka yang tinggi kemahiran dalam permainan ini.






Setelah bercuti sehari pada Jumaat, bazar dan sukan disambung pada hari  Sabtu dan Ahad . Saya melihat sambutan yang cukup hangat dari anak-anak Kedah termasuk dari luar Kaherah yang balik beramai-ramai memberikan sokongan kepada program persatuan ini. Paling banyak penyertaan dan paling hangat sambutan adalah untuk pertandingan futsal diikuti sepak takraw. Pertandingan futsal telah diadakan di dataran, manakala sepak takraw diadakan di perkarangan Rumah Pahang. Ping pong pula diadakan di Surau asrama Darul Aman 2. Saya turut serta bermain futsal dalam team yang diberi nama "Abah FC" tanpa pengetahuan saya.
















Walaupun sakit-sakit badan, pengalaman bermain dalam perlawanan dan berpeluang pula menjadi penyerang dan penjaring cukup merujakan. Sayangnya pasukan saya tewas di suku akhir setelah mengharungi enam perlawanan. Dua pasukan terbaik kejohanan akhirnya berentap di perlawanan akhir yang dimenangi oleh pasukan PMRAM. Petang hari terakhir itu juga, Muhammad anak lelaki sulung saya berentap di pertandingan akhir ping pong perseorangan dan kemudian berjaya menjadi johan. Manakala selepas solat Maghrib, saya dan Muhammad bergandingan bertanding merebut tempat pertama dan kedua. Saya dan Muhammad berjaya mendapat tempat pertama.

Selepas solat Isya' berjamaah di surau, saya diiringi Us. Zahran Pemangku YDP MKKK merasmikan acara penutup. Setelah mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pengarah dan adhoc yang bertungkuslumus menjayakan dua program serentak yang diadakan, serta kalungan penghargaan kepada semua ahli / penghuni asrama yang turut begitu komited memberikan sokongan, saya dengan terharu kemudian menutup program tiga hari suntuk itu. Majlis malam itu diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada semua pemenang.







Tahniah kepada semua...Terima kasih semua...Moga jumpa lagi di tahun hadapan!!!

Tiada ulasan: