Ahad, 11 Julai 2010

PENGHIJRAHAN TERAKHIR DARI RUMAH TRANSIT - H7 KE H10

11hb Julai 2010, saya bersama Us. Zahran Pemangku YDP MKKK dan beberapa orang AJKT  MKKK serta baki beberapa orang penghuni "rumah transit" yang masih tinggal, Pembantu Tadbir Akhi Fairuz, Ketua Asrama Darul Aman 2 Akhi Fahmi dan beberapa lagi teman-teman yang datang awal pagi dari H10 sama-sama bergotong royong menyimpan, mengemas dan memastikan barang-barang dan kotak-kotak terakhir di "rumah ransit" dibawa ke Asrama Darul Aman 2 di H10.

Saya telah menghubungi pihak kontraktor Manyalawi untuk menghantar lori besar bagi mengangkut barang-barang ke sana. Satu lori besar dan satu lori kecil dihantar sejak jam 8.30 pagi lagi selain sejumlah pekerja dengan diketuai Mamduh salah seorang "orang kanan" Manyalawi ikut hadir beramai-ramai. Isu terpaksa membayar kos lori bagi proses pindah barang peribadi dari asrama "selesai" dengan lori dan pekerja yang dihantar pihak Manyalawi. Saya berjanji akan membayar semula kos lori kepada mereka yang menyewa sendiri untuk pindah ke H10, juga sebagai langkah menyelesaikan isu ini.

Pagi itu, semua penghuni di "rumah transit" dan juga di Asrma Darul Aman 2 di H10 dijamu "nasi ayam dengan air mineral" sempena proses "pindah atau hijrah terakhir" dari H7 ke H10 ini. Saya dan anak-anak di "rumah transit" makan lebih awal setelah masing-masing menunjukkan tanda penat dan perlunya makan terlebih dulu dari kawan-kawan mereka di H10.




















Barang-barang yang sampai dan berlonggok di H10 kemudian dipindahkan rakan-rakan penghuni di Asrama Darul Aman 2 di sana secara berperingkat-peringkat sambil masing-masing mengambil "nasi ayam" yang masih berbaki. Pekerja-pekerja Manyalawi pula membantu mengangkat dan memindahkan barang ke atas.
Alhamdulillah...Yang pasti, tiada lagi barang yang tinggal atau tertinggal di "rumah transit". Semua sudah selamat berada di asrama H10. Semoga semua penghuni cepat-cepat mengambil tindakan berkemas dan mengemas barang-barang peribadi masing-masing dan menyusun aturnya dengan baik.


 
Terima kasih semua....Terima kasih daun keladi!!

Tiada ulasan: