Khamis, 15 Julai 2010

Mesyuarat PHEPKTT-MKKK Kali Ke-4 - 15 Julai 2010

 
Saya sengaja mengatur mesyuarat bersama  MKKK di sebelah petang setelah pulang dari mesyuarat di KBMK yang telah berlangsung di sebelah pagi. Mesyuarat diadakan di BIlik Mesyuarat Asrama Darul Aman 3 dengan dihadiri hampir kesemua AJKT dan HEWI. Kali pertama MKKK dipimpin Pemangku YDP yang baru iaitu Us Zahran yang turut hadir dalam mesyuarat.

Selain membincang perkara-perkara berbangkit dari minit mesyuarat kali 3 yang lalu, mesyuarat saya fokuskan tentang Lawatan YAB MB yang akan tiba awal bulan depan. Semua yang saya terima dari Pejabat YAB MB dan butiran yang dibincangkan dalam mesyuarat bersama KBMK, saya jelaskan satu persatu. Saya bersetuju di atas cadangan MKKK melantik Us Rushdan Abdul Rahman sebagai Pegarah Adhoc Majlis Ramah Mesra YAB MB Bersama Anak-Anak Kedah di sini pada malam 9 Ogos akan datang.

Saya juga mengambil maklum apa-apa yang dibangkitkan semua ahli mesyuarat demi melancarkan segala perancangan yang dipersetujui bersama. Selain taklimat terkumpul yang turut menyentuh isu-isu seperti isu keselamatan, isu perpindahan dari H7 ka H10, mesyuarat juga berbahas panjang tentang isu daurah mukassafah. Apa yang pasti, saya melihat, masing-masing ingin cuba melakukan yang terbaik. Semoga Allah bersama kita...Semoga segala yang kita lakukan dihisab sebagai amal yang soleh yang memberatkan timbangan amal kita di akhirat nanti...

Ketika saya menutup mesyuarat , azan Maghrib berkumandang dan semua ahli mesyuarat menerima hidangan "mee goreng" dan "teh ais" selepas solat.

Tiada ulasan: