Jumaat, 9 Julai 2010

WALIMAH DI MANSURAH - 8 JULAI 2010

Khamis yang cerah, sekitar jam 10.30 pagi, saya membawa oghang ghumah yang setia menemani, bersama anak-anak ke Mansurah menghadiri jemputan walimah seorang anak Kedah di sana iaitu Akhi Daud yang bertemu jodoh dengan pasangannya dari Pulau Pinang Ukhti Zainab. Turut bersama saya, Ukhti Balkis, Arifah dan Mardhiah. Ikut menemani saya dalam lawatan ke sana,  ialah Us.Zahran Pemangku YDP MKKK dan juga beberapa orang AJKT dan HEWI yang menaiki kereta Avanza.













 
Disambut pengantin dan anak-anak Mansurah yang lain, terasa meriahnya majlis walimah yang diadakan. Melihat kerjasama dan semangat gotong royong antara mereka menjadikan saya cukup bangga berada di tengah-tengah mereka. Tahniah buat mempelai bertuah...dan tahniah buat semua anak-anak Kedah Mansurah serta rakan-rakan negeri lain yang telah sama-sama bertungkuslumus menjayakan majlis walimah yang cukup meriah itu. Selain saya berpeluang makan sehidang dengan pengantin lelaki, saya dan isteri bersama Pemangku YDP / HEWI  juga berkesempatan bergambar kenangan dengan pasangan pengantin.Turut hadir meraikan pasangan tersebut ialah Ustaz Zulkifli dan Ustaz Khairi, pegawai atase dari JPMK. Kepada Akhi Daud dan isteri, abah dan mama ucapkan Selamat Pengantin Baru..moga bahagia hingga ke syurga...Barakallahu lakuma wa barakallah alaikuma..wa jama'a bainakuma fikhair..















Peluang sudah di sana, saya sempat bertanya khabar anak-anak negeri yang jumlahnya bukan sedikit di Mansurah. Saya berpeluang mendengar serba sedikit dari Mandub Mansurah yang setia menanti untuk bertemu. Insyaallah di lain kesempatan kita akan cuba bertemu dengan semua anak-anak Kedah di sana. Panjang umur kita berjumpa.....

 
Petang hari itu, saya berpisah dengan AJKT / HEWI yang saya benarkan meneruskan perjalanan ke Iskandariah menziarahi seorang ahli yang sedang sakit di sana, sementara saya membawa oghang ghumah menjengah seketika di Sikah kawasan membeli belah seperti Khan Khalili di Kaherah. Kebetulan Kak Long Balkis dan Arifah akan balik minggu hadapan, dapatlah mereka membeli sedikit lagi ole-ole dari Mansurah untuk dibawa pulang ke tanah air.




Malam itu, saya memandu sendirian di luar Kaherah buat kali pertama . Alhamdulillah, sekitar pukul 12.00 tengah malam saya sampai ke rumah dengan selamatnya.

Tiada ulasan: